07/12/2015

Suatu saat nanti

Aku.

Another driving force that keep me striving.

What more do you need to hear or see to realise what he had done for humanity?

03/10/2015

Iman Lemah

Hati ini milik Allah. Kita ini manusia. Manusia yang sering lupa dan mudah sahaja tersasar dari matlamat andai terlalu selesa di dalam zon yang sedia ada, enggan buat analisis diri.

Iman ada turun naiknya. Ada masa kita semangat bagai speed of light, kebal dari segala pengaruh-pengaruh negatif. Namun kadang kita rasa malas kan buat segalanya, seronok buat perkara-perkara lagha, manakala perkara bermanfaat banyak tangguh macam yakin sangat hari esok akan tiba.

Aku tau lah sebab aku pun manusia juga. Dan sebab diri sedang cuba untuk keluar dari fasa kemalasan! Misi hidup entah pergi ke mana. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang. Kelmarin, Allah telah gerakkan hati untuk baca kembali majalah Gen-Q yang bertemakan Mujahid (pejuang), diikuti dengan nota-nota tazkirah yang dulu...terbuka topik "Iman Lemah". Bermulalah sesi "oh, aku terasa" diriku.

Hatiku menangis terharu sebab Allah masih sayang.
(Allah sentiasa ingat dan sayang kita, cuma kita yang lupa diri)

---

Tanda-tanda iman yang lemah:

- Malas untuk beribadat.
Kita beribadat just for the sake of doing it. Asal siap, done and get over with it.

- Liat untuk bangun solat Subuh.
Alarm clock snooze beribu kali. Solat subuh pun macam mengigau, habis saja zoom ke katil.

Aku ada baca dalam sebuah buku, author lelaki. Ibu dia cakap: jangan kawin dengan wanita yang malas bangun subuh (or was it tidur lepas subuh?). Pokoknya, malas kan bangun subuh tanda seseorang malas kan majukan kehidupan. Alahai, kalau bakal mak mertua tau kita pemalas, habislah.

- Tidak merasa kemanisan beribadat.
Tidak khusyuk dalam solat dan doa, sampai raka'at dalam solat pun inda pasti yang keberapa. No khusyuk = no manis. Kita rasa biasa-biasa saja.

Khusyuk penting sebab ia melatih disiplin diri agar tetap fokus dengan matlamat (hidup, sesi ulangkaji).

- Tidak terkesan apabila membaca al-Qur'an.

- Tidak merasa marah/bersalah apabila melakukan dosa.

- Suka menunjuk-nunjuk dan memuji diri-sendiri (terutama dalm bab kebaikan).

- Kedekut mengeluarkan sedekah.

- Memandang rendah pada orang yang melakukan kebaikan.
  ...sebab rasa diri bagus sangat.

- Tidak mengambil berat/cakna tentang masalah ummat (masyarakat).
  ...tapi isu artis gaduh tentang hal remeh atau kapel-kapel terus tekan like dan share.

- Merasa putus asa/cemas apabila ditimpa musibah.

- Terikat dengan dunia dan selesa dengan dunia.

- Hanya bercakap menggunakan akalnya. Bukan al-Qur'an dan sunnah.

---

Kenapa iman lemah?

- Banyak melakukan dosa dan maksiat.
Bintik-bintik hitam mula terlukis di hati dan menghalang hidayah daripada masuk ke dalam hati. Macam cermin: kalau cermin kotor, cahaya susah mau tembus.

- Jauh dari tauladan yang baik.
Soalan: Who do we look up to? Apa yang kita dengar dan tengok?

What you listen to or watch will affect your mind and akhlak. Kalau kita surround diri dengan orang yang suka mencarut (using filthy words), mustahil kita inda terikut, walaupun tah mencarut dalam minda saja. What we say or do reflects what is inside of our hearts.

- Kawan.

(Lihat point di atas). Aik? Habistu kawan free hair dan tidak solat, non-muslim kita abaikan? Sabar...baca sampai habis (tengok bahagian solusi)

- Menyerahkan hati kepada dunia.

- Panjang angan-angan.
Angan-angan tanpa usaha. Mimpi akan kekal menjadi mimpi kalau kita tidak bangun, wahai kawan!
Misi dan angan-angan tidak sama. Yang membezakan antara keduanya ialah usaha.

- Berlebih-lebihan dalam segala-galanya.
Pergaulan, makan dan lain-lain..yang tidak membantu menaikkan iman.

---

Solusi:

There's a solution to every problem? Inda ja?

- Jaga hubungan kita dengan Allah.
Cinta Allah nombor satu, diikuti dengan cinta kepada Rasulullah SAW.
Inshaa Allah, hubungan sesama manusia akan terjaga jua.

"You can have everything in this life (dunya). But if you don't have Allah in your heart, you have nothing and you are the biggest loser!" -YE

- Memperbanyakan ibadah.
Yang wajib memang penting. Yang sunat dijadikan sebagai top-up. Treat ibadah sunat macam ibadah wajib. Coba mulakan dengan solat sunat rawatib atau solat sunat dhuha, set a to-do list everyday (Mutaba'ah Amal). Biar mula dari sedikit, istiqomah.
Pasal apa mesti buat? Sebab kitakan pejuang! Kita harus berlomba-lomba dalam membuat kebajikan.

- Banyak mengingati mati dan hari akhirat.
Saya percaya, mati itu motivasi yang terbaek.

- Zikir.
Solat dan zikir membersihkan hati. Macam spray (solat) and wiper (zikir).

- Sentiasa muhasabah diri.

- Doa.

- Selalu membicarakan tentang kebesaran Allah.

- Kelilingi diri dengan orang-orang yang mengingatkan kita tentang Allah.
...and never let them go.

Lebih baik kita mendekati kawan yang sering mengingatkan kita tentang Ilahi supaya kita pun akan sentiasa ingat pada Ilahi. Macam kisah tukang jual minyak wangi dan tukang besi.

Usahalah untuk kebalkan diri dengan iman dan taqwa, hiasi diri dengan akhlak yang mantap.
Kenapa? Supaya kawan-kawan yang fikir kita alien, kuno, strict (dan rasa kita punca timbulnya puak-puak) jatuh cinta dengan keindahan Islam yang sebenar, bahawa Islam is the way of life. Supaya even non-muslim will see the true beauty of Islam! Mingle, but don't mix. Usaha untuk tetap dengan prinsip diri (how? usaha)

Kan zaman sekarang masalah Islamophobia berleluasa sampai orang sendiri pun takut, iman pun tergoncang gara-gara kan 'fit-in'. Orang yang jahil tentang Islam akan melihat Islam through the people (they believe in what they see). Jadi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk tunjukkan sifat peri kemanusiaan. Be a human being and respect each other, please. (a very big bold #notabuatdiri). Dan contoh terbaik: Rasulullah SAW <3 dan mereka yang mencontohi akhlak baginda.

---

Pardon me for the informality.

Banyak perkataan 'usaha' dalam point akhir. Majal.
Aku akui ada masa kita kalah dengan pujukan nafsu, sehingga prinsip pun terbang entah ke mana. Tapi aku akui dan aku percaya, cuma dengan usaha (usaha untuk belajar dari kesalahan, usaha untuk memperbaiki diri) kita akan peroleh kejayaan!

Semoga kita diberi kekuatan untuk berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari semalam.
Semoga kita sentiasa gigih untuk bangkit tatkala jatuh.
Semoga aku sentiasa istiqomah dan ingat untuk mengamalkan apa yang aku katakan.
[As-Saff: 2-3]

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada jalan dakwahMu ini."

Semua ilmu milik Allah.
Segala kekurangan adalah dari diri saya sendiri.


Sekian.

23/09/2015

Aku bukan seorang doktor



DIAGNOSIS
Authors: Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat, Dr. Azzah (Malaysian doctors)


Alhamdulillah diberi kesempatan akhirnya to read this book and it took me only a day to finish it :') Buku osem sangat!

It is definitely a book worth reading even though you are not a medic student or a doctor. I am a geology student and I really enjoy reading it. The book has taught me a lot.

- Interesting facts and medical terms such as meconium stain (air ketuban yang mempunyai najis bayi i.e. baby berak dalam air ketuban), meconium aspirator (alat digunakan untik menyedut najis dari saluran pernafasan), laryngoscope (alat yang digunakan untuk melihat salur pernafasan di rongga mulut), aneurysm, pituitary mactradenoma, etc.
All the terms buat lidah terbelit-belit hendak sebut. Entah lurus kah inda jua.

Segala fakta buat diri ter "ooo" "aaa" "waa" "oh" "mashaa Allah" "subhaanAllah" banyak kali.
Segala kisah-kisah yang diceritakan di dalam buku buat aku ternganga, tersentuh hati dan kadang tertawa sendiri kerana "oh, aku terasa."

- Kerja doktor sebenarnya bukan mudah (I have to admit, all the biological terms...hmm hmm a challenge for me).
Ianya buka semata-mata kerana nama. Ini kerjaya yang melibatkan nyawa.
Ini kerjaya yang sepatutnya mendekatkan diri lagi pada 'Doktor segala doktor' kerana ini kerjaya di mana diri harus sedar siapa penyelamat sebenar.
Ini kerjaya yang butuh pengorbanan. Kebanyakan waktu antara keluarga dan pesakit bukan lagi pilihan.
Dan yang penting sabar kena ada!

- Bukan jasad saja yang perlu dirawat, tapi jiwa pun sama. Apa guna jasad sihat tapi hati dan jiwa kosing/sakit, penuh hasad dengki dan bangga diri.

- Dakwah itu seni. The best form of dakwah: akhlak yang baik.

- Manusia punya banyak ragam.
Kau dapat tahu masalah yang menimpa masyarakat kini. Aduh.

- Akhir sekali, no matter what field you're in niat kena betul, Lillahi Ta'ala. Apa yang kita belajar harus menyedarkan kita siapa Tuhan dan siapa hamba.

"Biar apa pun kerjaya, tidak kira apa, jika halal sumbernya dan Al-Qur'an jiwanya, inshaa Allah itulah kerjaya yang terbaik unuk kita. Kerjaya yang mampu dijadikan landasan ke syurga." -DAF.

Pokoknya, saya rekemen sangat semua baca buku ini :)


Untunglah siapa yang dalam bidang perubatan. Peluang untuk meraih pahala ada di depan mata.


Kita semua mampu untuk jadi hebat kalau kita pilih jalan yang tepat (lurus). Yakin pada diri dan ta'at pada Illahi, inshaa Allah hidup sentiasa diberkati.

Ayuh, kita mampu untuk menjadi seorang (insert your field) muslim yang berjiwa Al-Qur'an!


*Peringatan buat diri sendiri dan semua.

Sekian.

03/08/2015

Rebah sebelum mencuba

Aku diulit rasa bersalah setiap kali aku melihat.
Seringkali aku biarkan tanpa menasihat.
Aku biarkan walaupun aku tahu ianya salah.
Aku biarkan dirimu terjerat, dan diriku turut sama.

Aku dibayangi rasa berdosa setiap kali aku biarkan.
Aku terbayang suasana di akhirat kelak.
Dirimu manyalahkan diriku kerana tidak mencegah.
Diriku pun turut sama termasuk ke gaung neraka.

Bayangan itu sering meghantui diri.
Namun aku tetap memilih untuk berdiam diri.
Dengan alasan takut dirimu akan menggunakan sejarah jahiliahku sebagai senjata.
Aku takut akan kata-kata sinis yang bakal dilemparkan ke arah ku.

Aku dibayangi rasa takut.
Takut dirimu semakin menjauhi diriku kerana terguris luka.
Takut akulah sebab dirimu diseksa kelak.
Takut aku mula bongkak tunjuk lagak.

Cis! Aku belum pernah cuba pun aku sudah rebah.
Diriku termakan hasutan syaitan durjana.
Aku biarkan dirimu hanyut dibuai ombak rindu.
Teganya aku.

Semua ini menghimpit diri.
Aku sepertinya menipu dirimu dan diriku sendiri.
Aku kata aku sayang dirimu sampai syurga nanti.
Sayang ianya seperti kata-kata tanpa erti.

Teman, maafkan aku kerana kurang peduli.
Indah berpuitis disebalik papan kekunci,
tetapi yang berlaku di depan mata aku tutup sebelah mata.
Aku bukanlah teman sejati seperti yang dirimu fikirkan.

Sebab aku belum cubalah aku sedih.

~ 2.8.2015


Alkisah luahan rasa seorang teman. Teringat pula akan blog post Tarbiah Sentap yang telah dikongsikan di laman sosial, yang pada ketika itu entah mengapa discroll begitu sahaja tanpa membaca, lalu dicari semula dan dibaca.
Alhamdulillah kerana Dia telah membuka hatiku untuk membacanya.
Sangatlah bermanfaat dan terjawab segala persoalan. Sini aku bagi link:

Sebab itulah kita jangan malas untuk membaca dan timba ilmu. Tertampar sendiri.

Semua ilmu milik Allah.

21/06/2015

Pecut ke hadapan

[google]


Hari yang ku nanti kini tiba.
Gemuruh, sedih, gembira, bahagia...
Semua bercampur dalam satu rasa?
Eh, kok bisa? (Baca: mixed feelings)

Alhamdulillah kena bagi kesempatan lagi untuk bertemu dengan tarikh 21.06 untuk kali yang ke 21. Haik, sudah dewasa bukan lagi remaja.

Kali kedua menyambutnya di perantauan. Tahun ani, diri sibuk dengan aktiviti mendaki dan melihat batu (nature weyh..amazing view! 30 credits, so I need to take this seriously). + juga telah ditakdirkan 21.06 kali ini jatuh pada bulan Ramadhan <3  Indahnya perancangan Ilahi.
Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan.
Semoga Allah berikan kekuatan.
Semoga dikurniakan hidayah unuk maju ke hadapan,
menjadi lebih baik dari hari semalam! :)

Misi AA. Aku tidak ingin menjadi pemuda yang tua. Aksi pecut kini harus bermula! (kan dah 21. Bukannya mahu jadi pemuda luar biasa? hmm). Aku tahu aku perlu iringinya dengan sabar dan taqwa kerana landasan yang bakal ditempuh penuh cabaran. Yakinlah wahai hati, di hujung akan ada pelangi terindah yang menanti. Jadi aku kena tetap ingatkan diri untuk bergantung pada Allah, Pencipta alam semesta. Kerana aku percaya.. aku ada Dia, aku ada segala. Yakin! Semoga diri tetap bangun andai terjatuh sebab manusia sering terlena dek keindahan dunia. Istiqomah, kunci untuk berjaya.

Mohon doanya.

Satu langkah ke hadapan. Semakin hampir aku pada hari yang dijanjikan.


Aku sangat rindu lari pecut.