08/03/2016

Nikmat Mana Yang Mahu Ku Dustakan

Aku ada baca blog adik seorang selebriti Malaysia, Keknis. Adinya baru dapat result SPM dan Mashaa Allah, rezeki. Masa baca blognya, mengalir aing mata.


Kenapa aku ikut emosi? Sebab aku dapat rasakan apa ia rasa. Kerana aku juga pernah merasakan apa ia rasa...kira-kira sebulan yang lalu (end of the previous post). Kata orang: sangat relatable.

Dan ayat Allah yang berulang kali dinyatakan di dalam Surah ar-Rahman juga yang terngiang-ngiang di dalam kepala.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
[Surah Ar-Rahman] 


Tiada lagi alasan kerana bukti sudah nyata. Sendiri telah merasai indahnya ganjaran dunia. Apatah lagi ganjaran syurga kan? Tidak terkata dan tidak ku dapat bayangkan the level of happiness.

Aku telah berjanji.

Tapi...

...aku mungkiri. Aku jatuh kembali ke besen (basin) kelalaian. (Nasib masih besen bukan gaung. Huhu.)

AH! Dasar manusia.

Diberi-Nya aku tanda-tanda Dia masih cinta, inginkan aku kembali. Itu yang aku syukuri sampai hari ini. Nafas udara yang aku hela dan hembus bukti Allah masih beri peluang.
Aku kira blog Hafiiz Rashid itu juga antaranya, agar aku rasa rindu akan rasa bahagia itu.

Ya, aku rindu.

Segala yang kita ada, rasa...semua itu milik Allah Ta'ala. Kita milik Allah Ta'ala.