telah ku nyatakan dengan terang
telah ku ceritakan apa yang selama ini terpendam
telah ku luahkan segala keresahan --
pada kedua yang telah lama ada.
tiada rahsia.
bermain kini dengan pelbagai kemungkinan
perasaan insan jadi taruhan
harapnya nanti mampu ditelan
redha dengan segala ketentuan.
الله tunjukkan kami jalan.
akan ku usaha
untuk diri
mereka
dia
semua.
pada الله disandarkan segala harapan.
moga الله hujani berkat
di setiap penjuru kehidupan
dan segala isinya.
---
sejarah hari ini.