17/01/2014

Breeze

Hati semakin tenang,
Fikiran semakin lapang.
Namun ini bukan bermakna aku boleh bersenang-lenang,
Kerana perjuanganku masih lagi panjang.
Aku tahu banyak cobaan yang akan mendatang,
Tapi akan ku coba untuk menanganinya dengan hati yang tenang,
Kerana turunnya ujian itu tanda Allah sayang.

Aku tidak kata aku kuat untuk menempuh semua ujian seorang diri,
Kerana aku hanya insan yang lemah, banyak kekurangan diri.
Aku tahu Dia sentiasa bersamaku, setiap saat, untuk mendengar rintihan hati.
Dan akan ada sahabat-sahabat sejati yang akan menemaniku di sisi,
Untuk mengingatkan aku tentang Pencipta langit dan bumi,
Dan membawaku bersama mereka untuk mengejar syurga milik Illahi.
Kerana aku tahu kasih Allah akan hamba-hambaNya itu luas sekali.