03/08/2015

Rebah sebelum mencuba

Aku diulit rasa bersalah setiap kali aku melihat.
Seringkali aku biarkan tanpa menasihat.
Aku biarkan walaupun aku tahu ianya salah.
Aku biarkan dirimu terjerat, dan diriku turut sama.

Aku dibayangi rasa berdosa setiap kali aku biarkan.
Aku terbayang suasana di akhirat kelak.
Dirimu manyalahkan diriku kerana tidak mencegah.
Diriku pun turut sama termasuk ke gaung neraka.

Bayangan itu sering meghantui diri.
Namun aku tetap memilih untuk berdiam diri.
Dengan alasan takut dirimu akan menggunakan sejarah jahiliahku sebagai senjata.
Aku takut akan kata-kata sinis yang bakal dilemparkan ke arah ku.

Aku dibayangi rasa takut.
Takut dirimu semakin menjauhi diriku kerana terguris luka.
Takut akulah sebab dirimu diseksa kelak.
Takut aku mula bongkak tunjuk lagak.

Cis! Aku belum pernah cuba pun aku sudah rebah.
Diriku termakan hasutan syaitan durjana.
Aku biarkan dirimu hanyut dibuai ombak rindu.
Teganya aku.

Semua ini menghimpit diri.
Aku sepertinya menipu dirimu dan diriku sendiri.
Aku kata aku sayang dirimu sampai syurga nanti.
Sayang ianya seperti kata-kata tanpa erti.

Teman, maafkan aku kerana kurang peduli.
Indah berpuitis disebalik papan kekunci,
tetapi yang berlaku di depan mata aku tutup sebelah mata.
Aku bukanlah teman sejati seperti yang dirimu fikirkan.

Sebab aku belum cubalah aku sedih.

~ 2.8.2015


Alkisah luahan rasa seorang teman. Teringat pula akan blog post Tarbiah Sentap yang telah dikongsikan di laman sosial, yang pada ketika itu entah mengapa discroll begitu sahaja tanpa membaca, lalu dicari semula dan dibaca.
Alhamdulillah kerana Dia telah membuka hatiku untuk membacanya.
Sangatlah bermanfaat dan terjawab segala persoalan. Sini aku bagi link:

Sebab itulah kita jangan malas untuk membaca dan timba ilmu. Tertampar sendiri.

Semua ilmu milik Allah.

No comments:

Post a Comment