27/03/2014

Siapa kau cari?

Ketika sedih pilu,
Kawan tempat ku mengadu,
Ku putar bermacam-macam lagu,
Dengan harapan ianya dapat merawat dukaku.

Sungguh aku malu,
Malu kerana aku lupa,
Tidakkah kita tahu,
Hanya DIA yang mampu merawat segala duka?

Mengapa mencari hiburan dunia untuk merawat duka,
Sedangkan hiburan yang sebenar ada didepan mata,
Menceritakan tentang keindahan syurga,
Ayat-ayat cinta dari Yang Maha Esa.

Sungguh aku malu,
Namun itu semua kenangan dulu,
Usah dikenang kesilapan lalu,
Bangkit dan mulakan hidup baru.

Ini nasihat buat diriku dan kamu,
Aku tahu kadang kita keliru,
Mencari arah tuju,
Jadi ingin ku berkongsi bersamamu...

Jadikan Allah cinta hatimu, cinta nombor satu,
Tempatmu mengadu.
Rasulullah idolamu,
Sunnahnya menjadi amalanmu.

Jadikan Al-quran itu sahabatmu,
Sahabat sejatimu,
Sentiasa di hatimu,
Panduan hidupmu.

Ajal kita satu misteri, 
mati itu pasti,
Jadikan ia satu motivasi,
untuk mempersiapkan diri.

Kerana di akhirat nanti,
Memang pasti,
Kita bertemu Pencipta langit dan bumi,
Untuk mengetahui nasib diri.

Mari berlari,
Bersama-sama mencari redha Illahi,
Agar aku dan kamu boleh berjumpa suatu masa nanti,
di taman syurga milik Illahi.