29/08/2017

Harga sebuah rahasia

Memang
aku seorang yang mudah percaya
pada mereka yang sepakat 'ini cuma antara kita'
di saat aku rela untuk bercerita,
tika aku butuh mereka.

Bodoh
rasanya
pabila kadang
'antara kita' ada pula yang ketiga.

Bermuka
rasanya jua
pabila pada lain masa
akulah punca
adanya yang ketiga itu.
Ini-
aku sedang usaha.

Aku
seorang pencerita,
dan aku mahu menjadi yang setia dengan rahsia.
Coba,
usaha.

Moga segalanya dijaga,
menjaga,
terjaga.
Dari pihak aku,
mahupun yang lainnya.

Kerana aku masih percaya pada percaya,
harap kita semua percaya.
Yang dijaga akan terjaga,
yang menjaga akan terjaga.

Percaya-
sebab ia aku yakin
masih ada 'ini antara kita' yang terjaga.
Moga tetap akan terpelihara
hingga sampai waktunya.
Dan aku hargai tiap hati yang telah berahsia.


~ Coretan 27.08.2017 (11.26 malam)

-
Ini soal #trustandrespect.
Kadang kerana machine gun mulut sendiri yang out of control, habis lepas segala dari lubuk, berterabur hampir tiap satu. Apa 'ini antara kita' cuma angin lalu semata?
Yang terlepas, moga dikaburi dan terjaga. Yang masih terikat pada nafas, moga dijaga.

Self-reflection.

09/08/2017

Imaginasi dan interpretasi

Pada langit malam
ku terlihat ombak
besar dan tinggi
hingga gelap bayangnya menyelubungi diri.
Ku mendongak ngeri
seakan-akan ingin dibaham segala isi.

Pada langit malam yang sama
ku terlihat gunung
besar dan tinggi
awan menyeliputi puncak.
Ku mendongak ngeri
akan tiba masa akan terbelah dua seperti yang telah dijanji.

Imaginasi.

***

Pada langit malam
ku mendongakkan wajah pada gambaran
yang tadi terbayang ombak dan gunung
ku cuba tembusi ngerinya pandangan.

Pada ombak hitam
ku terbayang indahnya pasir pantai
berlagunya ombak kecil yang mendamaikan
bersama sepoi-sepoinya angin menari.

Pada gerunnya gunung tinggi
ku terbayang puasnya andai didaki
menguasai puncak yang tertinggi
hingga mampu disisih segala gentar.

Interpretasi.

06/08/2017

Tidur

Pejamkan mata
untuk bawa lari segala rasa yang mencengkam.
Ingin lena
moga tika bangun semuanya cuma mimpi semata.

Sia sia
karena semua realiti nyata.

---

اللهم إني أعوذ بك من الهم و الحزن, و أعوذ بك من العجز و الكسل, وأعوذ بك من الجبن و البخل, وأعوذ بك من غلبة الدين و قهر الرجال

"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku juga berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil serta dari cengakaman hutang dan penindasan orang."