![]() |
| [google] |
Hari yang ku nanti kini tiba.
Gemuruh, sedih, gembira, bahagia...
Semua bercampur dalam satu rasa?
Eh, kok bisa? (Baca: mixed feelings)
Alhamdulillah kena bagi kesempatan lagi untuk bertemu dengan tarikh 21.06 untuk kali yang ke 21. Haik, sudah dewasa bukan lagi remaja.
Kali kedua menyambutnya di perantauan. Tahun ani, diri sibuk dengan aktiviti mendaki dan melihat batu (nature weyh..amazing view! 30 credits, so I need to take this seriously). + juga telah ditakdirkan 21.06 kali ini jatuh pada bulan Ramadhan <3 Indahnya perancangan Ilahi.
Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan.
Semoga Allah berikan kekuatan.
Semoga dikurniakan hidayah unuk maju ke hadapan,
menjadi lebih baik dari hari semalam! :)
Misi AA. Aku tidak ingin menjadi pemuda yang tua. Aksi pecut kini harus bermula! (kan dah 21. Bukannya mahu jadi pemuda luar biasa? hmm). Aku tahu aku perlu iringinya dengan sabar dan taqwa kerana landasan yang bakal ditempuh penuh cabaran. Yakinlah wahai hati, di hujung akan ada pelangi terindah yang menanti. Jadi aku kena tetap ingatkan diri untuk bergantung pada Allah, Pencipta alam semesta. Kerana aku percaya.. aku ada Dia, aku ada segala. Yakin! Semoga diri tetap bangun andai terjatuh sebab manusia sering terlena dek keindahan dunia. Istiqomah, kunci untuk berjaya.
Mohon doanya.
Satu langkah ke hadapan. Semakin hampir aku pada hari yang dijanjikan.
Aku sangat rindu lari pecut.
Aku sangat rindu lari pecut.

No comments:
Post a Comment