Siapa sangka,
71 usia masih punya semangat waja.
Sosok gagah,
murahnya senyuman.
Demi rakyat dan negara tercinta,
baginda sanggup berkorban.
Siapa sangka,
setengah abad sudah negara di bawah perintahnya.
Pelbagai mehnah datang,
dan tribulasi dihadapi.
Demi rakyat dan negara tersayang,
baginda sanggup bertahan.
Siapa sangka,
sanggup diluangkan masa untuk bermesra
di tengah kerumunan ramai segala jasad,
walau baginda seorang raja.
Demi rakyat dan negara yang dikasihi,
baginda coba untuk menawan hati.
Amanah Tuhan-
coba untuk disempurnakan.
Berpaksikan keimanan,
berbekalkan pengharapan.
Suara bingit luar tidak diendahkan,
janji pasti Tuhan diyakinkan.
Tuhan itu sentiasa ada
dari awal hingga akhirnya.
Titah baginda,
nasihat buat rakyat sejagat.
Bersulam harapan
moga rakyatnya taat,
untuk dekat dengan Tuhan
dan menjadi manusia sebaik-baik manusia.
Pemimpin dan rakyat berpimpin bahu,
dengan bersatu kita mampu utuh.
Buktinya ada pada suatu waktu dulu,
iaitu sirah Rasulullah.
Bermula dari mulianya akhlak
yang mampu mendamaikan setiap hati.
Moga kita sebagai rakyat
sentiasa taat
pada Tuhan,
dan pada pemimpin yang taat pada Tuhan.
Moga dihujani dengan keberkatan,
menjaga kebajikan sesama insan.
Salam kasih buat
kekanda, ayahanda, nenda kita -
Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
---
05.10.2017: Coretan sempena Sambutan Jubli Emas Menaiki Takhta KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Tulisan buat "Golden Jubilee Creative Explosiom" anjuran Persatuan KESAN.
Tulisan buat "Golden Jubilee Creative Explosiom" anjuran Persatuan KESAN.