23/09/2015

Aku bukan seorang doktor



DIAGNOSIS
Authors: Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat, Dr. Azzah (Malaysian doctors)


Alhamdulillah diberi kesempatan akhirnya to read this book and it took me only a day to finish it :') Buku osem sangat!

It is definitely a book worth reading even though you are not a medic student or a doctor. I am a geology student and I really enjoy reading it. The book has taught me a lot.

- Interesting facts and medical terms such as meconium stain (air ketuban yang mempunyai najis bayi i.e. baby berak dalam air ketuban), meconium aspirator (alat digunakan untik menyedut najis dari saluran pernafasan), laryngoscope (alat yang digunakan untuk melihat salur pernafasan di rongga mulut), aneurysm, pituitary mactradenoma, etc.
All the terms buat lidah terbelit-belit hendak sebut. Entah lurus kah inda jua.

Segala fakta buat diri ter "ooo" "aaa" "waa" "oh" "mashaa Allah" "subhaanAllah" banyak kali.
Segala kisah-kisah yang diceritakan di dalam buku buat aku ternganga, tersentuh hati dan kadang tertawa sendiri kerana "oh, aku terasa."

- Kerja doktor sebenarnya bukan mudah (I have to admit, all the biological terms...hmm hmm a challenge for me).
Ianya buka semata-mata kerana nama. Ini kerjaya yang melibatkan nyawa.
Ini kerjaya yang sepatutnya mendekatkan diri lagi pada 'Doktor segala doktor' kerana ini kerjaya di mana diri harus sedar siapa penyelamat sebenar.
Ini kerjaya yang butuh pengorbanan. Kebanyakan waktu antara keluarga dan pesakit bukan lagi pilihan.
Dan yang penting sabar kena ada!

- Bukan jasad saja yang perlu dirawat, tapi jiwa pun sama. Apa guna jasad sihat tapi hati dan jiwa kosing/sakit, penuh hasad dengki dan bangga diri.

- Dakwah itu seni. The best form of dakwah: akhlak yang baik.

- Manusia punya banyak ragam.
Kau dapat tahu masalah yang menimpa masyarakat kini. Aduh.

- Akhir sekali, no matter what field you're in niat kena betul, Lillahi Ta'ala. Apa yang kita belajar harus menyedarkan kita siapa Tuhan dan siapa hamba.

"Biar apa pun kerjaya, tidak kira apa, jika halal sumbernya dan Al-Qur'an jiwanya, inshaa Allah itulah kerjaya yang terbaik unuk kita. Kerjaya yang mampu dijadikan landasan ke syurga." -DAF.

Pokoknya, saya rekemen sangat semua baca buku ini :)


Untunglah siapa yang dalam bidang perubatan. Peluang untuk meraih pahala ada di depan mata.


Kita semua mampu untuk jadi hebat kalau kita pilih jalan yang tepat (lurus). Yakin pada diri dan ta'at pada Illahi, inshaa Allah hidup sentiasa diberkati.

Ayuh, kita mampu untuk menjadi seorang (insert your field) muslim yang berjiwa Al-Qur'an!


*Peringatan buat diri sendiri dan semua.

Sekian.

03/08/2015

Rebah sebelum mencuba

Aku diulit rasa bersalah setiap kali aku melihat.
Seringkali aku biarkan tanpa menasihat.
Aku biarkan walaupun aku tahu ianya salah.
Aku biarkan dirimu terjerat, dan diriku turut sama.

Aku dibayangi rasa berdosa setiap kali aku biarkan.
Aku terbayang suasana di akhirat kelak.
Dirimu manyalahkan diriku kerana tidak mencegah.
Diriku pun turut sama termasuk ke gaung neraka.

Bayangan itu sering meghantui diri.
Namun aku tetap memilih untuk berdiam diri.
Dengan alasan takut dirimu akan menggunakan sejarah jahiliahku sebagai senjata.
Aku takut akan kata-kata sinis yang bakal dilemparkan ke arah ku.

Aku dibayangi rasa takut.
Takut dirimu semakin menjauhi diriku kerana terguris luka.
Takut akulah sebab dirimu diseksa kelak.
Takut aku mula bongkak tunjuk lagak.

Cis! Aku belum pernah cuba pun aku sudah rebah.
Diriku termakan hasutan syaitan durjana.
Aku biarkan dirimu hanyut dibuai ombak rindu.
Teganya aku.

Semua ini menghimpit diri.
Aku sepertinya menipu dirimu dan diriku sendiri.
Aku kata aku sayang dirimu sampai syurga nanti.
Sayang ianya seperti kata-kata tanpa erti.

Teman, maafkan aku kerana kurang peduli.
Indah berpuitis disebalik papan kekunci,
tetapi yang berlaku di depan mata aku tutup sebelah mata.
Aku bukanlah teman sejati seperti yang dirimu fikirkan.

Sebab aku belum cubalah aku sedih.

~ 2.8.2015


Alkisah luahan rasa seorang teman. Teringat pula akan blog post Tarbiah Sentap yang telah dikongsikan di laman sosial, yang pada ketika itu entah mengapa discroll begitu sahaja tanpa membaca, lalu dicari semula dan dibaca.
Alhamdulillah kerana Dia telah membuka hatiku untuk membacanya.
Sangatlah bermanfaat dan terjawab segala persoalan. Sini aku bagi link:

Sebab itulah kita jangan malas untuk membaca dan timba ilmu. Tertampar sendiri.

Semua ilmu milik Allah.

21/06/2015

Pecut ke hadapan

[google]


Hari yang ku nanti kini tiba.
Gemuruh, sedih, gembira, bahagia...
Semua bercampur dalam satu rasa?
Eh, kok bisa? (Baca: mixed feelings)

Alhamdulillah kena bagi kesempatan lagi untuk bertemu dengan tarikh 21.06 untuk kali yang ke 21. Haik, sudah dewasa bukan lagi remaja.

Kali kedua menyambutnya di perantauan. Tahun ani, diri sibuk dengan aktiviti mendaki dan melihat batu (nature weyh..amazing view! 30 credits, so I need to take this seriously). + juga telah ditakdirkan 21.06 kali ini jatuh pada bulan Ramadhan <3  Indahnya perancangan Ilahi.
Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan.
Semoga Allah berikan kekuatan.
Semoga dikurniakan hidayah unuk maju ke hadapan,
menjadi lebih baik dari hari semalam! :)

Misi AA. Aku tidak ingin menjadi pemuda yang tua. Aksi pecut kini harus bermula! (kan dah 21. Bukannya mahu jadi pemuda luar biasa? hmm). Aku tahu aku perlu iringinya dengan sabar dan taqwa kerana landasan yang bakal ditempuh penuh cabaran. Yakinlah wahai hati, di hujung akan ada pelangi terindah yang menanti. Jadi aku kena tetap ingatkan diri untuk bergantung pada Allah, Pencipta alam semesta. Kerana aku percaya.. aku ada Dia, aku ada segala. Yakin! Semoga diri tetap bangun andai terjatuh sebab manusia sering terlena dek keindahan dunia. Istiqomah, kunci untuk berjaya.

Mohon doanya.

Satu langkah ke hadapan. Semakin hampir aku pada hari yang dijanjikan.


Aku sangat rindu lari pecut.

19/06/2015

Aku seorang pengembara

Menetap di negeri orang mengajarkan aku erti sebuah kehidupan. Jauh dari zon selesa lah katakan.

Erti susah,
senang,
bahagia,
kecewa,
kasih sayang,
cinta,
persahabatan,
sabar,
masa,
pengorbanan,
penghargaan,
berdikari,
berjimat,
kematangan.

Yang selama ini jujur aku kata aku ambil tahu sambil lewa. Pada ketika itu aku fikir aku sudah cukup rasa. Ternyata aku salah.
Harta kekayaan bukan jaminan bahagia, begitu juga usia yang bukan ukuran kematangan.

Kesilapan itu satu pengalaman. Segala dendam lebih baik dilupakan.
Sejarah silam usah dikenang. Boleh dipandang tetapi tetaplah berjalan kehadapan.

Apa yang aku cuba sampaikan mungkin orang susah hendak faham. Kadang-kadang aku pun ikut keliru. (pelik tapi benar)
Pelbagai rasa dan pendapat yang ingin aku cuba luahkan dalam satu masa tetapi tiada kata yang mudah untuk aku sampaikan. (macam sekarang)
Boleh saja aku tersilap langkah, terasa bangga, tersalah bahasa, intonasi dan ekspresi. (mungkin selalu)
Jujur itu bukan niatku. Aku minta maaf seikhlasnya dari hati.
Aku mahu puaskan hati semua tapi kadang-kadang aku sendiri yang terguris luka sehingga buat diriku tertanya-tanya.
Hmm.. Manusia, punya banyak ragam.
Hakikatnya hanya aku yang lebih kenal aku. Ya, aku jauh dari sempurna. Jadi diri, jangan putus asa.

Aku akan sentiasa menjadi seorang pelajar sampailah roh ku ditakdirkan untuk berpisah dari jasad.
Terpulang pada diri samada untuk meneroka dan memperbaiki diri atau hidup seperti boneka tidak tahu arah tuju.

Aku seorang pengembara.

~18.6.2015
1 Ramadhan 1436H

Luahan rasa. Ilham ketika mendaki dan duduk keletihan, termenung jauh di atas gunung Tanygrisiau. Angin, bunyi burung berkicauan, (biri-biri mengembek), pemandangan indah...ala-ala babak dalam video jiwang, eseh.

Sebenarnya...kerana aku rindu. Rindu suasana Ramadhan di Brunei. Aku rindu keluarga.
Pengalaman pertama menyambut Ramadhan di perantauan...and during field work.

Jihad seorang pelajar.

23/05/2015

Kerana namaku...

Kerana namaku Amirah (ketua)
Aku ingin menjadi khalifah,
Demi menyelamatkan ummah.
Hakikatnya dunia semakin parah.

Kerana aku manusia.
Aku juga sering terleka,
Lalai dengan keindahan dunia 
Yang bersifat sementara.

Kerana namaku Aniyah (…yang bersabar?)
Aku cuba untuk tabah
Walau berapa kali aku rebah.
Hanya kepada Allah aku berserah.

Kerana aku percaya,
Aku bangkit demi agama.
Aku tahu semua tidak sia-sia.
Asalkan aku ikhlas kerana-Nya.

Kerana aku pemuda bernama Amirah Aniyah
Dan aku ingin menjadi seperti Al-Fateh.

~17.5.2015


Alhamdulillah sudah siap.