21/06/2015

Pecut ke hadapan

[google]


Hari yang ku nanti kini tiba.
Gemuruh, sedih, gembira, bahagia...
Semua bercampur dalam satu rasa?
Eh, kok bisa? (Baca: mixed feelings)

Alhamdulillah kena bagi kesempatan lagi untuk bertemu dengan tarikh 21.06 untuk kali yang ke 21. Haik, sudah dewasa bukan lagi remaja.

Kali kedua menyambutnya di perantauan. Tahun ani, diri sibuk dengan aktiviti mendaki dan melihat batu (nature weyh..amazing view! 30 credits, so I need to take this seriously). + juga telah ditakdirkan 21.06 kali ini jatuh pada bulan Ramadhan <3  Indahnya perancangan Ilahi.
Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan.
Semoga Allah berikan kekuatan.
Semoga dikurniakan hidayah unuk maju ke hadapan,
menjadi lebih baik dari hari semalam! :)

Misi AA. Aku tidak ingin menjadi pemuda yang tua. Aksi pecut kini harus bermula! (kan dah 21. Bukannya mahu jadi pemuda luar biasa? hmm). Aku tahu aku perlu iringinya dengan sabar dan taqwa kerana landasan yang bakal ditempuh penuh cabaran. Yakinlah wahai hati, di hujung akan ada pelangi terindah yang menanti. Jadi aku kena tetap ingatkan diri untuk bergantung pada Allah, Pencipta alam semesta. Kerana aku percaya.. aku ada Dia, aku ada segala. Yakin! Semoga diri tetap bangun andai terjatuh sebab manusia sering terlena dek keindahan dunia. Istiqomah, kunci untuk berjaya.

Mohon doanya.

Satu langkah ke hadapan. Semakin hampir aku pada hari yang dijanjikan.


Aku sangat rindu lari pecut.

19/06/2015

Aku seorang pengembara

Menetap di negeri orang mengajarkan aku erti sebuah kehidupan. Jauh dari zon selesa lah katakan.

Erti susah,
senang,
bahagia,
kecewa,
kasih sayang,
cinta,
persahabatan,
sabar,
masa,
pengorbanan,
penghargaan,
berdikari,
berjimat,
kematangan.

Yang selama ini jujur aku kata aku ambil tahu sambil lewa. Pada ketika itu aku fikir aku sudah cukup rasa. Ternyata aku salah.
Harta kekayaan bukan jaminan bahagia, begitu juga usia yang bukan ukuran kematangan.

Kesilapan itu satu pengalaman. Segala dendam lebih baik dilupakan.
Sejarah silam usah dikenang. Boleh dipandang tetapi tetaplah berjalan kehadapan.

Apa yang aku cuba sampaikan mungkin orang susah hendak faham. Kadang-kadang aku pun ikut keliru. (pelik tapi benar)
Pelbagai rasa dan pendapat yang ingin aku cuba luahkan dalam satu masa tetapi tiada kata yang mudah untuk aku sampaikan. (macam sekarang)
Boleh saja aku tersilap langkah, terasa bangga, tersalah bahasa, intonasi dan ekspresi. (mungkin selalu)
Jujur itu bukan niatku. Aku minta maaf seikhlasnya dari hati.
Aku mahu puaskan hati semua tapi kadang-kadang aku sendiri yang terguris luka sehingga buat diriku tertanya-tanya.
Hmm.. Manusia, punya banyak ragam.
Hakikatnya hanya aku yang lebih kenal aku. Ya, aku jauh dari sempurna. Jadi diri, jangan putus asa.

Aku akan sentiasa menjadi seorang pelajar sampailah roh ku ditakdirkan untuk berpisah dari jasad.
Terpulang pada diri samada untuk meneroka dan memperbaiki diri atau hidup seperti boneka tidak tahu arah tuju.

Aku seorang pengembara.

~18.6.2015
1 Ramadhan 1436H

Luahan rasa. Ilham ketika mendaki dan duduk keletihan, termenung jauh di atas gunung Tanygrisiau. Angin, bunyi burung berkicauan, (biri-biri mengembek), pemandangan indah...ala-ala babak dalam video jiwang, eseh.

Sebenarnya...kerana aku rindu. Rindu suasana Ramadhan di Brunei. Aku rindu keluarga.
Pengalaman pertama menyambut Ramadhan di perantauan...and during field work.

Jihad seorang pelajar.

23/05/2015

Kerana namaku...

Kerana namaku Amirah (ketua)
Aku ingin menjadi khalifah,
Demi menyelamatkan ummah.
Hakikatnya dunia semakin parah.

Kerana aku manusia.
Aku juga sering terleka,
Lalai dengan keindahan dunia 
Yang bersifat sementara.

Kerana namaku Aniyah (…yang bersabar?)
Aku cuba untuk tabah
Walau berapa kali aku rebah.
Hanya kepada Allah aku berserah.

Kerana aku percaya,
Aku bangkit demi agama.
Aku tahu semua tidak sia-sia.
Asalkan aku ikhlas kerana-Nya.

Kerana aku pemuda bernama Amirah Aniyah
Dan aku ingin menjadi seperti Al-Fateh.

~17.5.2015


Alhamdulillah sudah siap.

24/04/2015

Entah berapa kali

14th March 2015.
Dakwah Showdown.
Helmet Kuning & Kertas Hati.



Alhamdulillah it was a great experience. Tidak pernah terlintas pun untuk naik pentas. Dari blog ke pentas. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.

It IS a reminder for myself. Pasal:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." [As-Shaff : 2-3]

A powerful reminder buat diri yang sering lalai ini. Walk the talk.


It's been a while since I blog. Rocky.
Rebah. Bangkit. Rebah. Bangkit. Ku ingin bangkit selamanya...tiada lagi rebah. [Eseh. Promo jap: 'Ku ingin berubah' by Rabithah]
Apa yang diri rasa. Oh, terutama the last part of the song. (nangesssss)




Summary:


Aku terlena dibuai mimpi.
Musuh menyerang, aku sedari. (haaa~ kenal bunyi? Kan penampar buat diri sendiri)
Tapi diri ini…

Alasan demi alasan diberi,
Hanya untuk menyamankan hati sendiri.
Ku mencari jawapan,
Yang terang-terang sudah dihadapan.

Malas.
Ego.

Apa sudah terjadi dengan diri?

~10.4.2015


Kurang dari dua bulan.
Aku punya keinginan. Aku punya motivasi. Dan aku mesti pastikan aku tetap berlari!

Ayuh!

Jawapan belum siap hahaha. Ilham.


*video credits (via youtube)
HK&KH : BruNotts
Rabithah : Rabithah

02/03/2015

Dalam diam

Aku ingin menjerit.
Hati dan fikiran terasa sempit.
Kadang terasa seperti susah untuk bernafas.
Aku lemas!

Ingin ku luahkan segala rasa,
Yang telah lama dipendam.
Bukan dendam,
Tapi geram.

Mengapa aku yang harus beralah?
Seakan-akan aku yang lemah.
Ku biarkan orang blah.
Pada diriku aku marah.

Apa hak aku untuk menyalahkan orang?
Sedangkan aku yang memilih untuk diam,
Kerana aku tahu bukan semua orang akan faham
Jadi ku kuburkannya dalam-dalam.


~1.3.2015

Nantikan jawapan.