17/02/2013

Maafkanlah

Kawan, andai aku melakukan kesalahan...tegurlah.
Kawan, jika aku pernah membuatmu marah...maafkan aku.
Kawan, jika kata-kataku pernah menyakitimu...maafkan aku.
Kawan, jika perbuatanku dan kata-kataku pernah membuatmu tidak suka padaku...maafkan aku.
Kawan, seandainya ada rakan-rakan lain yang tidak suka padaku...tolonglah sampaikan kata-kataku ini: maafkan aku.
Kawan, kita manusia biasa yang sering melakukan kesalahan. Maafkanlah.
Kawan, andai kau terjumpa rakan-rakan kita yang dahulu...sampaikanlah kata-kataku ini: maafkan aku.
Kawan, maafkan aku. Agar tiada rasa benci dan dendam antara kita. Aku maafkan engkau.
Kawan, seandainya aku membuat engkau marah di masa akan datang...maafkan aku. Kerana aku hanyalah manusia yang bersifat pelupa.

Pengecutnya aku, bersembunyi di sebalik sebuah laptop. Bukan berdepan dengan mereka. Aku malu...
Kawan, bukan tujuanku untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi ini sahaja cara yang boleh aku fikirkan.

Andainya aku boleh putarkan masa..........malangnya tidak. Aku hanya mampu untuk melihat kebelakang, hanya untuk dijadikan sebagai iktibar, dan maju kehadapan. Hidup perlu diteruskan.

Kawan, maafkanlah aku.

I tweeted these this afternoon, most of 'em. I know, deep, serious. When I re-read them, I was like WOAH! with the malay and alls...apa kes? heheh.

It's complicated. But hati rasa sungguh lega after that. Sudah sekian lama aku pendam, akhirnya...

1st step: Done! Alhamdulillah :)

ps: Kawan = Everyone.

06/02/2013

My True Friend

My True Friend

Watched this Thai movie this afternoon @ Astro Citra. In my opinion, it is a great movie (even though I missed about 20 minutes of the movie :( ) Just by looking at the title, obviously it is about friendship :')

"For me, loving a friend doesn’t mean I’m spoiling them. If they do wrong things, I must warn them, though it would make them mad. Friendship doesn’t last a few days, it lasts forever."
- Gun (Mario Maurer)

Indeed, I agree with the quote...hmmm.

24/01/2013

My love

I received a video and watched it minutes ago. Subhanallah.

Sungguh, aku mengaku diriku selama ini sering lalai. Sering leka. Malu. Ya, malu pada diri sendiri.

Rasulullah amat mencintai UMATNYA. Baginda sangat merindui UMATNYA.

Kata-kata penceramah dalam video masih terngiang-ngiang:
"Kalau kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad, tolong tanya diri sendiri, sudahkah kita mencintai Nabi Muhammad? Sudahkah ada air mata yang berlinang kerana rindu kita pada Nabi Muhammad?"

Ya, tanyalah hati masing-masing.

Tiada kata yang boleh menggambarkan perasaanku apabila selesai menonton video tersebut.

Anda rasa, apa yang baginda akan kata jika baginda melihat kehidupan kita sekarang? Ya Allah...

Terima kasih. Salam Maulidur Rasul.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ




07/01/2013

500

Selesai solat isya', macam biasa aku membaca wirid (pendek). Tiba-tiba teringat akan ceramah Ustaz Don that I watched last week, 30 Minit Ustaz Don. The topic was about amalan-amalan sunat selepas solat fardhu. To the people reading, saja I mahu share :) sharing is caring ;)

Antara amalan sunat tersebut ialah membaca:

SUBHANALLAH (33 kali)
ALHAMDULILLAH (33 kali)
ALLAHU AKBAR (33 kali)
LAA ILAHA ILLA ALLAHU WAHDU LAA SYARIKA LAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR (1 kali)

*** Ingat masih kata-kata Ustaz Don. Jangan lupa zikir selepas solat fardhu. Inda lama pun...not even 5 minutes. Eventhough we're in a hurry, tangan tu jangan lupa. Zikir. Baca setiap kali habis solat fardhu. And I just realised one thing, kalau for one solat fardhu we do this 33+33+33+1=100. Solat fardhu ada 5 kali sekali. 100x5=500. Yes.

Jangan lupa, selesai solat fardhu, berdoalah pada Allah :)

*Reminder for me and for you :)*

05/01/2013

I am only human


Listening to Ya Robbi by Burn & Soul. Pernah dengar this song once when I watched the movie Khurafat. But, this time, I listen clearly to the lyrics. Ya Allah. Lagu yang penuh makna. Great song, great lyrics.



Kadangkala kita lupa 
Kadangkala kita leka
Kadangkala kita buta
DIA memerhatikan kita

Ya ALLAH..                                                                                                                              


Sesungguhnya manusia sifatnya pelupa
Walau disogok seribu nasihat setiap masa
Hati tetap sukar ditembusi kerana dosa-dosa
Menjadi dinding pemisah antara aku dan DIA

Uh' dulu dalam gelap zulmat dunia
Walau lampu lagu rancak buatku berdansa
Bersama mereka yang sebahtera
Dalam bah peluh oh' penuh nista
Yah' yah' ku terlupa..


Aku khayal..
Leka gembira walau sementara
Tapi nikmatnya..
Kala itu tak terkata
Kerana apa?
Kerana aku tiada pegangan nyata
Aku hanyut dengan arus dunia
Dunia oh' dunia!


Aku hanyalah manusia
Yang sering lupa
Yang selalu leka
Dengan tipu daya oh' dunia

Ya ROBBI
Kuserahkan segala
Terimalah doaku


Jika kau tanya aku jujur uh' mengapa
Dunia seperti ahli silap mata
Bermain ilusi mengkaburkan minda
Semua di depan mata indah oh' tampaknya
Walau hakikat oh' sebaliknya

KitabNYA, kalamNYA yang dulu kulupa
Kumula baca walau merangkak seperti kura-kura
Kerana kutahu hanya ini buku jawapan pada
Teka silang kata dunia!


Aku tidak berdaya
Ampunilah,ampunilah (Ya ALLAH ya Tuhanku)
Berikanku cahaya
Ampunilah,ampunilah (Ampunilah diriku)
Aku tidak bertenaga
Ampunilah,ampunilah
Tempatkanlah ku di syurgamu..


Dulu bila orang kata solat itu tiang Agama
Aku ragui, tetapi kini kupasti..
Alhamdulillah..



The English translation can be found in his blog. Thank you Burn & Soul for writing this song.