Kawan, andai aku melakukan kesalahan...tegurlah.
Kawan, jika aku pernah membuatmu marah...maafkan aku.
Kawan, jika kata-kataku pernah menyakitimu...maafkan aku.
Kawan, jika perbuatanku dan kata-kataku pernah membuatmu tidak suka padaku...maafkan aku.
Kawan, seandainya ada rakan-rakan lain yang tidak suka padaku...tolonglah sampaikan kata-kataku ini: maafkan aku.
Kawan, kita manusia biasa yang sering melakukan kesalahan. Maafkanlah.
Kawan, andai kau terjumpa rakan-rakan kita yang dahulu...sampaikanlah kata-kataku ini: maafkan aku.
Kawan, maafkan aku. Agar tiada rasa benci dan dendam antara kita. Aku maafkan engkau.
Kawan, seandainya aku membuat engkau marah di masa akan datang...maafkan aku. Kerana aku hanyalah manusia yang bersifat pelupa.
Pengecutnya aku, bersembunyi di sebalik sebuah laptop. Bukan berdepan dengan mereka. Aku malu...
Kawan, bukan tujuanku untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi ini sahaja cara yang boleh aku fikirkan.
Andainya aku boleh putarkan masa..........malangnya tidak. Aku hanya mampu untuk melihat kebelakang, hanya untuk dijadikan sebagai iktibar, dan maju kehadapan. Hidup perlu diteruskan.
Kawan, maafkanlah aku.
I tweeted these this afternoon, most of 'em. I know, deep, serious. When I re-read them, I was like WOAH! with the malay and alls...apa kes? heheh.
It's complicated. But hati rasa sungguh lega after that. Sudah sekian lama aku pendam, akhirnya...
1st step: Done! Alhamdulillah :)
ps: Kawan = Everyone.
ps: Kawan = Everyone.
No comments:
Post a Comment