Hadirnya dia mengetuk hati
memberi salam kasihnya
bermulanya perkenalan dan bait-bait cinta.
Kali ini
hati degilku dipujuk
sudi untuk menyambut
membalas salamnya.
Dikata sudah lama di sisiku dia ada,
cuma aku yang pandang dia sebelah mata,
bagiku dia cuma teman semata,
tiada yang istimewa.
Namun dia tetap setia
merindui
menanti jawapan
kerana
dilihatnya harapan.
Saat diriku merasa hina
dilihatnya aku sebagai permata dunia.
Saat diriku terasa sesak
sempit
terhimpit,
gelap
gelita
suram,
disuluhnya aku cahaya menembusi dada.
Luasnya dunia,
luas lagi isinya.
Pengalaman mengajar aku erti kehidupan
untuk lebih menghargai apa yang telah diberi
hadirnya dia di hati mendamaikan.
Bermulalah penghijrahan,
disirami pengharapan.
Semakin sudi untuk aku memahami.
Meyakinkan
membuatkan aku tekad
untuk pegang dia erat-erat
kerana aku memang telah jatuh cinta.
Benarlah kata mereka:
kalau tidak kenal
maka tidak akan lahir rasa cinta.
Islam,
anugerah terindah.
- HK 23.09.2016
No comments:
Post a Comment