16/02/2016

Monolog diri

Aku sedar jalan ini licin, andai tidak berhati-hati mudah sahaja aku ke siring atau tergelincir.
Keseimbangan yang aku rasa buat aku rasa terlalu selesa.

Dan aku tergelincir dan jatuh semula.
Memang sakit rasanya. Luka.

Aku ingin sekali bangkit tetapi tidak berdaya.
Aku rasa lebih selesa untuk duduk, rehat seketika menunggu ketibaan siapa yang sudi.

Lama rasanya aku tunggu.
Duduk di situ.
Seorang diri.
Pilu.
Luka ku masih juga begitu.

Hm.

Aku rasa aku yang sendiri patut usaha untuk bangkit, pergi rumah sakit.
Andai luka ini dibiarkan tidak dirawat, dibalut boleh saja dijangkiti penyakit
meski luka itu cuma sedikit.

***

Wahai diri,
Bukankah dulu kau pun pernah terjatuh?
Dan kau mampu pula untuk bangun, berjalan, malah berlari!
Kenapa kini kau tidak yakin akan kemampuan diri?
Kuatkan diri dan coba lagi.
Jatuh yang kau rasa kini hanya akan membuat dirimu semakin kuat untuk esok hari
jika kau berusaha untuk bangkit kembali.
Sungguh kau tidak akan kecewa lagi andai saja kau lihat disebalik semua yang terjadi.

Kau cuma perlu yakin
dan bergantung harap cuma pada Ilahi,
agar sentiasa diberi hati nurani.

***

Bukankah telah diberiNya bukti cintaNya pada diri?
Saat diberiNya apa yang dipinta, malah dihadiahkanNya lebih dari itu.

Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata...

Saat diri sujud mengucap syukur
Terasa Yang Maha Pencipta tersenyum melihat diri ini,
dibelai,
dipeluk erat
penuh kasih,
penuh cinta,
penuh sayang.
Ku rasa Dia begitu dekat dengan diri.
Di hati.
Cuma air mata yang mengalir
tanpa henti,
berderai tanda bahagia.
Bahagia tiada tandingannya.




Itu kali pertama aku rasa.


Dan aku sangat rindu akan perasaan itu.

No comments:

Post a Comment