Itu dulu~
Sekarang when I see the number 21 hati bercampur-campur perasaan. Gembira, sedih, resah, gelisah, teruja, entah. I see 21 more than just my birth date. It's a reminder.
Gembira... sebab tahun ini umur dah nak masuk 21. Inshaa Allah andai itu takdirNya. Dan hendak kahwin. eh? Gurau.
Hmm.
- Sultan Muhammad Al-Fatih mampu menakluki Kota Konstantinopel pada usia 21 tahun.
- Ahmad Ammar…pemuda yang syahid pada usia 20 tahun. Pada usia 20 tahun beliau banyak sangat terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan kemanusiaan. Beliau turut menjadikan Sultan Al-Fatih sebagai sumber inspirasi. (Umurku 20 lebih dah and what have I done so far? huhu)
Diri ada baca buku: Ahmad Ammar: Tarbiyah Sesudah Kematian. In that book ada mentioned gurauan ayahnya:
“Sultan Muhammad Al-Fatih berjaya menawan Konstantinopel pada usia 21 tahun. Ammar ada setahun lagi bagi menyamai usia Al-Fatih.”
And that my friend, telah memberikan suntikan yang amat tinggi kepada Ammar to be an extraordinary being. Diri yang membacanya turut sama terasa semangat itu. Beliau merupakan seorang pemuda yang berjiwa Al-Fatih!
Aku punya satu misi: Misi AA. Dan aku jadikan 21 sebagai “deadline”. In 5 months.
Kadang terfikir juga, mampukah aku untuk merubah dunia seperti Sultan Al-Fatih? Mampukah aku untuk menjadi seperti Ahmad Ammar dalam masa yang aku rasakan singkat?
Aku tahu tahap kemampuan diri ini.
Takkan ku menyerah kalah! Misi AA tetap dijalankan. Walaupun tah limpas 21, janji usaha! (eyaaaa semangat membara ni time menaip hehe). Bermula dari akhlak. Ku akui, banyak yang harus diri pelajari. Akhlak diri tidaklah semantap yang lain, malah jauh. Jadi kenapa hendak cakap tentang akhlak? Dah ilmu yang dirasakan bermanfaat kena kongsi kan?
Dalam surah al-Ahzab ayat 21 (haaa lagi 21):
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu seri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
“Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti”
- Saidina Ali bin Abi Thalib.
Akhlak penting kerana ia mencerminkan kualiti iman seseorang. The best example would be Rasulullah SAW <3 Because of akhlak mulia baginda, semua orang boleh jatuh cintaaaaaaaaa.
Akhlak covers wide range of things. Menurut Imam Al-Ghazali: Akhlak ialah tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang secara spontan dan bersahaja. Dengan akhlak yang baik, kita boleh merubah persepsi dunia yang berat sebelah ni tentang Islam. Inshaa Allah. Let us show the beauty of Islam through our actions. Because today, people judge/beleive what they see. They say: seeing is believing.
Itu baru permulaan. 5% of Misi AA. Banyak lagi kena buat. Dan banyak kerja juga lah kita sebenarnya kena buat untuk ummah yang sedang nazak! :( Bermula dari akhlak. (majal)
Jadi itulah kisahnya mengapa nombor 21 menjadi nombor kegemaran,namun digeruni pada masa yang sama, buat diri ini masa ini.
Semoga sebahagian Misi AA diri ini tercapai sebelum 21 tahun dan sebelum ajal sampai. Dengan izin Allah. Amin.
Ahmad Ammar.
Pemuda yang berjiwa Al-Fatih.
Masih adakah pemuda sepertimu?
Ada.
Siapa?
KITA!
Masih belum terlambat.
Antara menang atau syahid.
Jom bangkit!
~24.10.2014
Maaf.
No comments:
Post a Comment