29/01/2016

Tuding jari

Kau,
mereka,
dia.

Jarang sekali digunakan kata ganti diri pertama.
Padahal kita juga pendosa seperti yang lainnya.






Aku pun sama.
Kadang aku juga lupa.

22/01/2016

Ketika salju di hujung minggu

17.1.2016
Aku.

Setelah menetap di perantauan selama lebih kurang 2 tahun setengah barulah diri merasakan nikmat salju. Iye, kali ini salji sudah settle jadi salju tebal di Leicester, at least sampai pagi.

(salju kah salji? Aku terpaksa google pasal tiba-tiba sendiri confuse.)

Di pagi Ahad yang sunyi (8.30 pagi masih sunyi), aku kuatkan diri untuk keluar dan menghirup udara segar. Agenda: morning walk, tangkap gambar, nikmati salju dan minum kopi Costa.

Hati sungguh lah excited. Aku harap dengan nikmat ini aku semakin kenal dan cinta pada Yang Maha Kuasa.

Sepanjang perjalanan diri yang hampir sejam di taman (tangkap gambar, termenung, muhasabah bak dalam drama) banyak benar yang aku fikir. Tu yang sebab timbul ilham dari Yang Maha Mengetahui untuk tulis entri ini.


Sunyi. 
Tenang. 
Di mana dia pemuda-pemuda muslim yang telah berkata itu ini? 
Oh. Bersenam mengangkat selimut nipis yang seberat guni beras kali.


----

Bismillahirrahmanirrahim.

Di dalam keadaan yang sejuk dan lantai penuh salju aku nampak seorang mat salleh dan dua orang wanita berjogging. Si mat salleh memakai seluar pendek. Inda ia kesajukan kah?
Dan aku nampak orang tempatan pergi ke taman bikin Olaf (snowman), temankan anjing berjalan or simply to just walk.

Jadi apakah halnya?

Halnya...budaya bangun awal pagi pada hujung minggu untuk riadah atau melakukan kerja berfaedah untuk diri, terutama di kalangan pemuda. Aku kagum lihat orang-orang sini sanggup bangun awal, keluar untuk menikmati udara segar. Mereka tahu ianya sihat untuk tubuh badan. Healthy lifestyle gitu.

Sekarang orang kita. Boleh aku kata memang rare lah di tanah air mahupun di negeri orang untuk pemuda Muslim atau Melayu untuk terapkan budaya sihat ini. Bukan langsung tidak ada, ada...cuma jarang. Ikut pemerhatian dari kaca mata diriku yang kerdil ini, rata-rata ramai anak muda yang memilih untuk sambung 'buat peta' selepas solat Subuh akibat bersengkang mata layan game, drama, movie ataupun dating hingga ke pagi. Astaghfirullahalazim. Aku tahu sebab aku pun pemuda. Ramai yang rela untuk berpenat-penatan demi dunia, tapi bila sebut agama...dikata "janji aku buat yang wajib, sudah." Bukankah kita, umat Islam, yang punya matlamat hidup yang jelas ini yang harus berada di hadapan? Yang harus mempraktikkan this healthy lifestyle? Bukan atu saja...banyak lagi sebenarnya.

Ya. Muslim. Melayu.
Aku.
Setelah beribu kali fikir, maaf aku terpaksa juga kata.
Ini hakikat sebenarnya. Sampai bila kita mahu perasan bagus dan menidakkan realiti?
Ini kelemahan orang-orang kita. Tidak percaya? Cuba cek sendiri. Dirimu pun pasti terkejut beruk dan tertunduk malu sebab apa yang aku kata ini ada benarnya. Setuju atau tidak, terpulang.

Melayu.
Segalanya mahu pintas.
Cakap banyak tapi hasil...
Sifat iri sering menguasai diri, penuh hasad dengki.
(kalau tengok drama-drama melayu di kaca TV, pasti akan ada karakter jahat yang penuh dengan sifat benci, dengki dan dendam, kan? Bukankah seseorang itu biasanya tulis sebuah cerita based on true story? hm)
Ego tinggi, kurang toleransi.
Islam = Melayu? Kau silap.
Agama Islam itu indah. Islam itu untuk semua. Tidak kira bangsa dan darjat. Yang penting taqwa di sanubari.
Jadi kenapa perlu ada sifat perkauman di dalam diri?
Kalau dirimu menetap di negeri asing, kau pasti akan terasa betapa kecil diri ini.

Muslim.
Syabab-syabab yang dikatakan harapan umat masih tidur lena dibuai mimpi dunia yang fana!
Pemalas.
Cuma islam pada nama, bukan diserap ke dalam jiwa.
Ada yang terlalu pentingkan diri, kesenangan bagai miliknya seorang diri.
Terjebak dengan budaya yang dilarang agama.
Ada yang nyata, ada yang sebaliknya.
Tertipu kita dengan permainan musuh yang nyata.
Mereka bersandar mentertawakan kita.

Ya. Tidak perlu aku kata panjang lebar. Nah, mari aku kongsi kata seorang mantan panglima tentera Israel, Moshe Dayan namanya. Dia kata:

"Ada 3 kelemahan utama umat Islam:
1. Umat Islam tidak pernah belajar dari sejarah lampau;
2. Umat Islam tidak merancang dengan teliti;
3. Umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca!"

Apa kau rasa? Kan?
Kata-katanya sudah cukup untuk buat aku faham. Sakitnya tuh di hati.

Kata kunci: Malas. Penyakit M yang merebak luas.
Kalau hendak buat sesuatu kebaikan... "Ah, malas lah!" dan terus berderet-deret alasan terkeluar dari benak otak. 1001 alasan dikemukakan untuk membenarkan kemalasan diri. Syaitan dan musuh pun bersorak penuh keriangan.

Sebab malas kita untuk cakna tentang agama sendiri, umat/masyarakat sengsara.
Kita seringkali kata mahu lihat dunia ini berubah ke arah kebaikan dan jadi lebih aman.
Tapi sayang, itu cuma angan-angan.
Kalau mahu tunggu orang mulakan, tidak berjalanlah harapan.

Be the change you want to see.
Pemuda masa kini adalah aset terpenting dalam pembentukan generasi yang akan datang.

Hendak lihat agama Islam itu kembali gemilang dan semua orang nampak keindahannya? Akhlak.
Persiapkan diri untuk menjadi seorang individu muslim yang hebat, barulah orang lain boleh yakin kita boleh pimpin diorang.

[Google]

Haaa...kita start untuk amalkan bangun pagi dan coba sedaya upaya untuk tidak tidur selepas kita solat subuh. Ok? Saya pun sedang berusaha. Kalau penat sangat, rehatlah. Aku faham situasi orang yang hidup di negara yang punya empat musim berbeza.

Hm. Kan Allah ciptakan siang untuk kita mencari rezeki :)

Sedikit petikan dari buku Head with Serban karya dari Najmi Nawawi:
"Jangan sibuk nak 'bergetar tulang rusuk', kalau subuh pun nak kena kejut sampai 'bergegar tiang rumah'."
Ha bergegar.
Looking forward to read the book.

---

Akhir kata, maaf atas segalanya. Segala yang disampaikan adalah muhasabah buat diri sendiri dan aku sedar aku banyak kekurangan yang harus diperbaiki.

Panjang lebar pula. Pusing-pusing pula. Harap sampai lah ah. Inshaa Allah.

07/01/2016

Bila mau sadar?

Dihina,
dicerca,
dipijak.
Terguris
Sakit
Remuk hatiku.

Geram aku melihat punca tercetusnya segala.
Patah lagi hatiku kerana aku hanya diam menyaksikan segala.

AH!

Kesucian yang kini tercemar
angkara perangai manusia yang perasan mulia.

Salahnya manusia.
Bukan agama.
Bila mau sadar?

-

Parahnya dunia.
Menghukum ikut suka.
Mana pergi akal yang dikurnia?
Mana pergi akhlak yang patut dijaga?

Ini untuk SEMUA.

Muhasabah diri.
Cari solusi.
Bukan main tuding jari.
Mungkin salah sendiri.

~ 14.11.2015


Kita sendiri rela menenggelamkan diri di lautan duniawi.
Hakikat kini.

02/01/2016

Legasi

Pelbagai ilmu sudi dikaji.
Sambil menanam keperibadian yang murni.
Tidak dikejar sanjungan bumi.
Semua dilakukan demi Ilahi.

Sungguh, beza kita bagai langit dan bumi.

Permata dunia.
Permergian yang membuka mata.
Terutama aku, pemuda.
Buat aku ratapi semangatku yang seakan-akan tua.

Aku malu.

Ahmad Ammar.
Pemergian yang telah mencipta fenomena.

Inspirasi.

_______________________________________________

(Aku)
Dikata syahid itu cita-cita tertinggi.
Namun usaha untuk melayakkan diri jauh sekali.

23/12/2015

Jiwa Lompong

Jangan dihina yang tidak punya apa.

Dipandang papa
Hakikatnya, sendiri yang sebenarnya kedana.

Kesudahannya mungkin buat sendiri terlopong.