28/05/2017

Rabitah yang aku rindu

disangka telah mengerti
segala mehnah pilihan ini.

mana dia segala janji
yang disangka telah terpateri?

benarkah telah diyakini
atau memang ada sekelumit ragu
tika diucap segala doa dan janji?

mana dia soldadu
yang padanya terlihat semangat dan harapan
satu waktu dahulu?

janji kita untuk sehidup semati
mengembara sebagai seorang asing
menyentuh hati-hati yang mencari.

janji kita untuk sentiasa ada
tarik kembali pada nyata
tika antara kita mula tersungkur.

sayang...
semua itu bagai satu omong kosong.

namun siapa kita untuk menghakimi
penghujung hayat sendiri pun kabur lagi.

mungkin saja ini salah sendiri
dibiarkan renggang ikatan hati.

mana dia rabitah yang dirindui?

16/04/2017

Mari bercerita

My sister just got married.

3 events altogether.

It was fun and exciting.

But it was stressful as well. hahahaha

-

[entri bebelan]

The fact that I did not have proper and enough rest after my 2 weeks of working night shifts, followed by courses the next day I got home which took 90% of my 2 weeks off-work (and I had to commute. Ha! Balum lagi ku becerita how I almost fell asleep while driving, two days in a row...and I was not being a good driver. Guilty.). Only weekends were 'free'...yes, "free" = running errands, prep for sister's wedding, and sister's wedding (the weekend before crew change) and the day before CC, i had to go to the office. To sum up, I slept past midnight most of the time and woke up feeling like a zombie (hahhahaha especially the PT course I attended). I did not manage to make time for myself. The tight schedule would be fine with me, if only I stop worrying and overthinking about things. Di mana haq-haq jasad, cik manis?

On top of that, my insecurities choked me. All the negative thoughts came. I do not want to let these insecurities kill me slowly. I am trying. Hard.

Am I complaining? I was. I was at one of my lowest point after a while of not feeling good about myself and not loving myself enough. I was. It had happened before, it happened again. Aku terlalu banyak berfikir.
(At one point, I burst into tears in front of my little sister and told her,. She did not know how to react so she gave me one of her psychology notes on, I forgot...it was something about insecurity and low self-esteem stuffs. Hahaha cali.)

Sometimes, all we need is a good listener and just let it all out. Bukan minta kena condemn dan cakap kita over-dramatic. Listen and understand, nasihat secara berhemah bukan sindiran. Tapi masalah aku juga, aku jenis yang inda mau susahkan orang dengan masalah sendiri...orang akan kata, baru sikit sudah mahu mengadu. Jadi kebanyakan masa dipilih untuk simpan kemas-kemas di dalam dada hingga satu tahap, terlalu banyak hingga melemaskan diri. Haaa, kan "takut orang akan berkata"🤦🏻‍♀️

Jujur kata, aku memang sensitif dan aing mata sinonim dengan diri. Weyh aku coba jadikan hati keras, mata kering. Mungkin orang lain boleh, tapi bukan aku pada setiap masa. Ada benda aku boleh, ada benda cannot sebab in the end aku hanya akan mahu menangkan ego sendiri, akhirnya memakan diri. Cekal aku dengan air mata.
Bab-bab dramatic, toksah cakap lah.

Berbalik pada cerita...

I know where I stand. Aku ada agama. Aku masih mampu merasakan sisa-sisa iman yang ada. Aku ada pegangan. Minda dan jiwa coba disatukan agar aku mampu untuk genggam diri kembali.
Syukur. Benda gini jadi selalu ingatkan aku akan kisah Rasulullah SAW dan asbab turunnya Surah ad-Dhuha. Surah ad-Dhuha yang mampu menjinakkan hati agar usah merajuk lagi.


Dipujuk hati lalu berdoa,

Semoga lelah yang dirasai menjadi asbab layaknya diri untuk berehat di syurga abadi.
Semoga lelah yang dirasai lelah yang diredhai Ilahi.
Berat beban yang dirasa, semoga diganti beratnya pahala pada neraca pengadilan di padang masyar nanti.


Mau lagi?

Sebenarnya motif post bukan sedih gini.  Motif sebenar ialah pasal kek kawin... sudah jadi bini orang dah kek. Motif sebenar kan cerita pasal lain. Banyak pusing ini cerita (akibat inda menulis dalam journal, blog jadi mangsa).

Kbai.

***

Sudah berapa kali jiwa pergi
meninggalkan jasad kosong tanpa isi
Sudah berapa kali diri pergi
meninggalkan hati kosong tanpa merasai

Sudah berapa kali
dipaksa untuk gagahkan diri
agar kembali
dan genggam semampunya diri ini

Sampai bila harus begini?

Sampai mati.

Usaha semampunya
agar diri kuat di jalan ini
demi impian tertinggi
sebelum pergi tidak kembali lagi.

-

Ada benda lagi besar yang harus difikirkan. Nota buat diri: Jangan batah berbaring.

08/03/2017

Bertarung rasa

Tidak ingin jatuh kembali
ke lembah kemurungan
yang pernah dialami
satu waktu dulu.

Ngeri.

Sudah coba dilawan ia
bangkit cuma seketika
putus asa rasanya
lemas.

Lemah.

Bukan ingin beralasan.
Bukan ingin perhatian semata.

Ini benar.

Namun tetap dipilih untuk diam sahaja.

07/03/2017

Kembali

Sudah berapa kali
ingin digenggam kembali
jasad yang bagai tiada jiwa ini.

Sudah berapa kali
coba dipujuk hati
tapi bagai cuma sebuah panafian realiti.

Mungkin sudah tiba masa...

03/03/2017

Asbab

Aku menulis untuk aku.
Dengan ia aku meneroka
dengan ia aku berjiwa
dengan ia aku kenal dunia
dengan ia aku mula temui aku.

Aku menulis untuk aku.
Dengan penuh pengharapan
bermanfaatlah karya walau secebis cuma
terhitunglah setiap titik tinta
pada neraca pahala.

Aku menulis untuk aku.
Ada ketika aku terhenti dan terpaksa berhenti
dek kerana asbab dicemari, lari
oleh pujian hati diuji
sungguh, aku tidak ingin hati mati.

Aku menulis untuk aku.
Dengan ia aku kembali menemui
setelah hilang membawa diri.

Aku menulis untuk aku.
Agar aku lebih mengenali الله Tuhan Yang Satu.