06/02/2017

Prioriti

kata putus yang lalu
kembali menjengah diri
mengingatkan diri
akan keutamaan hidup ini.

seringkali aku lari
bermain dalam fantasi.
tiba masa untuk aku berhenti berlari
untuk pergi menghadapi realiti.

dunia sangat memerlukanmu --
pemuda.


---

sudah jumpa ka tidak? entahlah labu~

04/02/2017

Ruang

desingan luar
mencabut kewarasan akal.

memberontak jiwa untuk lari,
seketika cuma ---
untuk aku kosongkan hati
dan genggam diri aku kembali.

---

atau adakah aku cuma harus berpura?

03/02/2017

Tangisan Tinta

aku seorang pencerita
rela teka-teki hidupku dibaca mata.

rahsianya ada di sebalik kiasan kata
pada yang sudi hadirkan rasa.

seronoknya ia pada bezanya tafsiran
bukti manusia punya fikiran.

jadi biar aku guna barisan kata
untuk aku muntahkan segala.


---

at this time, how I wish I am at the rig right now, where I have less time to think about 'petty' things.

Usaha

bubuh baja saja tiada guna
jika tiada ingin disusuli air.

usah dibina gunung harapan
pada yang belum pasti ingin ditawan.

takut nanti ada yang kecewa
meratap puncak cuma dari bawah.

31/01/2017

Harapan

telah ku nyatakan dengan terang
telah ku ceritakan apa yang selama ini terpendam
telah ku luahkan segala keresahan --
pada kedua yang telah lama ada.

tiada rahsia.

bermain kini dengan pelbagai kemungkinan
perasaan insan jadi taruhan
harapnya nanti mampu ditelan
redha dengan segala ketentuan.

الله tunjukkan kami jalan.

akan ku usaha
untuk diri
mereka
dia
semua.

pada الله disandarkan segala harapan.

moga الله hujani berkat
di setiap penjuru kehidupan
dan segala isinya.


---

sejarah hari ini.