Leraikanlah genangan
biarkan yang terbuku terlerai bersama.
Mengalirlah sederas mahumu
andai itu mampu membuatmu sujud pada Yang Satu.
31/05/2016
30/05/2016
Menguis kaca
Sempit, terkepit.
terhimpit, sulit.
terdesak, tersedak.
Ikat, mengikat, terikat.
Entah di mana silapnya aku.
Kaku, buntu.
Ya Allah, bantu aku.
29/05/2016
The teacher in me
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Tiba-tiba rasa mau post benda ini.
Nota awal: Pandangan kita mungkin sedikit berbeza.
I was scrolling through instagram, stalk sampai hujung dunia mode
on.
Ramai kakak-kakak senior yang sudah bekerja sebagai seorang
guru/pendidik. They posted their posting experiences in IG. Seronok sangat
tengok. Sangat, serious inda tipu. Kadang sampai tersenyum sendiri dan terharu
(over dramatic, but true).
Jauh di sudut hati aku cemburu.
Bagi yang kenal aku sudah lama, mungkin tahu. Memang cita-cita aku
dari kecil ingin menjadi seorang pendidik, walaupun ada jualah cita-cita lain
yang pernah terlintas tapi cita-cita yang satu ni jugalah yang sentiasa melekat
di dalam diri. Dari ingin menjadi seorang ustazah/guru agama, kepada guru
sekolah rendah, kepada guru sekolah menengah, kepada seorang pensyarah.
Pokoknya, aku bercita-cita untuk berada di dalam bidang mengajar.
Tidak kisah lah apa orang cakap tentang menjadi seorang guru -
gaji rendah, perlu kerja hujung minggu, paperworks yang bukan kerja asal
seorang guru, murid-murid bermasalah, ibu-bapa yang tidak faham dan sebagainya.
Aku sendiri mengakui ada benarnya di dalam kata-kata mereka dan itulah antara
cabaran-cabaran menjadi seorang pendidik pada masa yang serba 'maju' masani.
Aku faham kenapa pihak guru cakap gini, pihak satu lagi cakap gitu (aku memang
suka dengar pendapat masing-masing heheheh interesting, dan supaya diri lebih
faham situasi supaya dapat lah fikir solusi setakat yang mampu. eseh).
Betullah, kita memang tidak
boleh puaskan hati semua orang.
Despite of all that, walaupun kadang ter-demotivate, mudah saja
aku tepis dan hati masih kata “kan seronok kalau dapat jadi cikgu.” Kuat benar passion
eh. (It's actually sad for me to hear so much negativities about this
profession rather than the positives. Walhal, beribu benda baik sebenarnya yang
ada dan boleh diwar-warkan berbanding yang kurang disenangi. Pelik sungguh kita
manusia ini 🤔 Ya, mindset
begini harus dan mesti diubah!)
Kenapa pendidik/guru?
Ia bermula dari cita-cita kosong yang terlahir dalam diri, mungkin
kerana...
- terpegun tengok guru-guru aku gigih sungguh mengajar kami (eh
teringat pula: pernah sekali masa tadika, seorang cikgu marah sebab I was day
dreaming. Tapi aku masih dengan muka orang tidak bersalah 🙄 heh heh heh)
- main pretend jadi cikgu dengan kakak, saudara-mara dan anak-anak
patung hahaha. kesian teddy bear kena marah oleh cikgu gigi rumpang 😂
- doa orang sekeliling. Heheh...aku ingat masa kecil-kecil aku
suka guna tudung ala-ala ustazah, dan ada seorang nini ani ia selalu doakan aku
semoga jadi seorang ustazah (heh, terharu eh bila dikenangkan)
- aku rasa tersentuh bila ada cikgu yang care pasal murid-murid,
dan atu yang buat aku sentiasa hormat diorang (walaupun ada masa aku nakal
sikit di belakang. Dah insaf dah. Inda baik tau mengumpat. Hilang barokah
nanti.)
Itulah diantaranya.
And the reasons pun evolve through time. Bila dah mula matang, aku
semakin sedar bahawa guru adalah pekerjaan yang sangat mulia. Tanpa guru,
siapalah kita kan. Tanpa guru, inda akan terdidik generasi-generasi baru. Tanpa
guru, we would not be able to learn how to read and write and get our academic
qualifications sampai yang kita capai sekarang. Apa-apa pun ilmu yang kita baru
belajar, lebih baik berguru (yaaa, jangan harapkan prof. google semata-mata).
Aku lihat menjadi seorang guru is one of the great platform to
change or improve generasi yang mendatang dan faham masalah-masalah sosial yang
ada di kalangan pemuda kini, sebab sekolah ada rumah ke dua bagi anak-anak.
Dalam erti kata lain, kita 'terjun' ke dalam dunia diorang dan 'menyelami'
pemikiran diorang untuk faham situasi. Bukan setakat mengajar ilmu (sains,
arts, bahasa) tapi juga mendidik akhlak dan peribadi (life in general). Sebab
kita mau didik mereka untuk menjadi manusia, bukannya robot.
Laaaa dulu pun kita remaja juga, kita tentu faham itulah fasa kita
mencari identiti diri. Cuma
yang beza kini ialah suasana. External factors so strong. Jadi, perlu
terjun dan menyelam (eh, tapi jangan sampai kita sendiri tenggelam).
Bermula dengan menjadi contoh yang baik, didik mereka dengan
akhlak dan kefahaman tentang kehidupan, be there for them dalam proses diorang
membesar (especially remaja) etc. Sebab aku tahu dan mengerti bahawa
belia/pemuda merupakan asset buat agama dan negara. Jika dididik dengan baik,
wawasan akan tercapai, inshaa Allah. Uish banyak benar sebenarnya, hendak list
semua dan susun ayat, tidak mampu ah. But you gets gets kan? Maaf terpaksa
summarise, kalau tidak sampai esok tidak akan habis haa haa.
Mungkin ada yang akan kata aku tidak layak untuk berkata ini semua
sebab aku belum 'terjun' dan hadapi sendiri, atau jalan yang aku ambil sekarang
bukanlah ke arah menjadi seorang pendidik (oil and gas kot!). Shh. Jangan kecam
saya. Ini cuma pendapat seorang marhaen kerdil yang masih cetek ilmu dan
pengalaman.
Haaa, ya. Jalan yang aku pilih sekarang bukanlah ke arah bidang mengajar di sekolah-sekolah. Visi dah ada ni heh heh. Kenapa? Panjanglah hendak cerita. Walaupun
ada masanya pahit rasanya untuk ditelan, aku pasrah dan redha. Semoga aku mampu
untuk menjadi seorang ahli kaji bumi yang hardworking
dan boleh diharap (...walaupun tah bukan the best. tet
tet tet) 😂
Kalau I didn't choose apa yang aku buat sekarang, mungkin saja aku
tidak akan berjumpa orang-orang yang telah Allah temukan dengan aku and made a
great impact in my life 🤓 , and sooooooo many other things yang buat aku speechless
sebab benar, Allah sayang dan lebih tahu apa yang we need 😍
"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,
padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu
tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah 2: 216]
Mungkin satu hari nanti, andai Allah izinkan. He knows what's best
for me, for you, for us.
A friend once told me,
"Inda papa. Jadi guru di dalam keluarga saja nanti."
hehee.
It is true, ibu-bapa adalah guru pertama anak-anak. Rumah
merupakan sekolah pertama mereka.
And I once wrote:
"Kita semua seorang pelajar yang sentiasa
belajar dari pengalaman dan kesilapan.
Kita semua seorang pendidik yang mendidik
diri, masyarakat dan generasi akan datang untuk menjadi seorang manusia yang
berguna."
Sebenarnya, apa pun yang kita pilih dan buat, we can use that as a
platform untuk sebarkan kebahagiaan, kasih sayang, kebaikan dan kebenaran dan
ubah dunia yang semakin tenat. Kita ada peranan kita masing-masing di dalam
masyarakat. Asah bakat/minat dan fokus. #notabuatdiri sangat!
Setiap pekerjaan ada cabaran masing-masing. Ujian kan part of
life.
Tapi kalau dah ada minat (minat boleh dipupuk), niat yang ikhlas
Lillahi Ta'ala dan demi ummah, percayalah atu sudah sufficient enough to make
us stay. Allah akan sentiasa bantu hambaNya yang membantu agamaNya.
Teringat pula aku pada buku DIAgnosis (satu dan dua)...
karya-karya yang sedikit sebanyak ubah persepsi aku tentang kerjaya masing-masing
(not only those in the medical fields), buat aku lebih menghargai orang
sekeliling. Alhamdulillah. Tidak baik memperkecil-kecilkan orang.
Dah habis dah bebelan untuk hari ini. Macam biasa, pusing-pusing
sebelum reach the point 🙊 🙈
Mohon maaf atas segalanya. Semua ini hanyalah satu bebelan dan
luahan rasa dan lontaran pendapat diri. A reminder for myself first and
foremost.
Semoga apa pun path yang kita pilih, Allah Ta'ala redha. Semoga ia
menjadi asbab untuk kita semakin kenal dan dekat dengan Allah Ta'ala ❤
Salam.
ps: Cuma bila kita sudi untuk dengar luahan dari kedua-dua (or ketiga-tiga/keempat-empat etc.) pihak dan faham, kita akan berhenti tuduh-menuduh sesama sendiri. Masing-masing pasti ada kesalahannya sendiri. Bertenanglah dan cari solusi kalau mampu. Kalau tidak mampu, diamlah. Semua ada peranan masing-masing untuk perbaiki diri. Dan seringkali kita akan dapati bahawa diri kita sendirilah yang sebenarnya salah (sebab malas sangat sampai kurang cakna dan peka akan keadaan sekeliling), bahawa diri kita sendirilah yang harus mula lakukan sesuatu. Ala, macam nya Mahatma Gandhi:
"Be the change that you wish to see in
the world."
27/05/2016
Lari untuk kembali
Pabila jiwa dilanda badai
Seringkali aku memilih untuk lari
Biar aku menghilang
Dengan harapan ia pun turut hilang.
Bagai tin kosong
yang diikat dengan tali pada diri
Geselan bunyi membingitkan telinga
Menghantui, ia ikut bersama.
Tidak akan selesai semua jika aku memilih untuk lari
daripada menghadapinya sendiri.
Lalu aku gagahkan diri
untuk tidak melayan sangat kata hati
Bisikan nafsu ditepis dengan sisa-sisa iman
yang aku percaya masih ada di dalam diri.
Cahaya yang menerangi kegelapan,
membuat diri terbang ke awangan,
bahagia kerana merasa kasihnya Tuhan.
—
Bila difikirkan, uish gila drama jua aku ani.
29/04/2016
Bermain di bawah hujan
Merungut aku melihat kelabunya awan
Takut basah pakaian dan badan.
Astaghfirullah, teganya aku berfikiran sedemikian.
Mendungnya luar semendung rasa
Kusut aku memikirkan kerja.
Ah! Tetap aku mengheret jasad di bawah hujan.
Tanpa aku sadari...
Berderai air hujan bersama air mata
Membawa pergi gelora lara
Memadam amarah kecewa yang dirasa.
Lalu tersenyum aku bermain di bawah hujan.
Terima kasih Tuhan
mengirimkan aku hujan
di saat aku buntu keseorangan.
PertolonganMu Engkau kirimkan.
Indahnya kasihMu Tuhan
memberi aku harapan
akan datangnya mentari dan pelangi setelah turunnya hujan.
Engkaulah ar-Rahman (Yang Maha Pengasih).
Takut basah pakaian dan badan.
Astaghfirullah, teganya aku berfikiran sedemikian.
Mendungnya luar semendung rasa
Kusut aku memikirkan kerja.
Ah! Tetap aku mengheret jasad di bawah hujan.
Tanpa aku sadari...
Berderai air hujan bersama air mata
Membawa pergi gelora lara
Memadam amarah kecewa yang dirasa.
Lalu tersenyum aku bermain di bawah hujan.
Terima kasih Tuhan
mengirimkan aku hujan
di saat aku buntu keseorangan.
PertolonganMu Engkau kirimkan.
Indahnya kasihMu Tuhan
memberi aku harapan
akan datangnya mentari dan pelangi setelah turunnya hujan.
Engkaulah ar-Rahman (Yang Maha Pengasih).
Subscribe to:
Posts (Atom)