12/04/2016

Saham

Dengan pena aku menulis
Setiap kata penuh makna
Setiap bait punya rasa
Di sebalik semua punya cerita.

Pada setiap kata itu jugalah semuanya dihitung
Antara diredhai atau dimurkai
Pada niat semuanya tergantung.

~ 9.4.2016


"Ya Allah, dengan rahmatMu, luruskanlah hatiku agar lurus agamaku. Betulkanlah niat di hatiku agar aku ikhlas selalu. Tetapkanlah hatiku agar tidak tergugat iman di hatiku dengan ujianMu yang menimpa."

10/04/2016

Aku

Aku ingin jadi aku.
Aku telah diciptakan untuk jadi aku.
Cuma aku yang boleh jadi aku.

Allah lebih kenal aku berbanding aku kenal aku.
Jadi aku, jadilah aku
kerana itulah yang terbaik buat aku.

---

Sebab seringkali kita bandingkan hidup sendiri dengan yang lainnya sampai pudar 'aku' dari hidup.

Biarlah aku jadi aku.
Biarlah aku jadi aku yang terbaik.

08/04/2016

Al-fatihah buat diri

Satu demi satu pergi
Satu demi satu datang
Tanpa rela mahupun diduga
Hati rasa apa ia mau rasa.

Tapi...
Bila diri berhenti untuk lihat segala
Rupanya Dia telah kabulkan apa yang dipinta
(Jalan yang lurus)

Andai saja kita sudi untuk mengerti
erti kasih disebalik semua yang terjadi.

~ 5.4.2016
Leicester ðŸš‚  Cardiff


"Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."

[Al-Fatihah 1 : 6-7]

05/04/2016

Pembunuh hati

Andai hati tidak dijaga...

Pujian ditabur
membaja takbur;
Jiwa suka dan bersuka ria
tanpa sedar hadirnya riak.

Semuanya bohong
lalu sombong;
Merah hati jadi hitam,
oleh dunia diri dibaham.

~ 1.4.2016
Leicester ðŸš‚  Bath

08/03/2016

Nikmat Mana Yang Mahu Ku Dustakan

Aku ada baca blog adik seorang selebriti Malaysia, Keknis. Adinya baru dapat result SPM dan Mashaa Allah, rezeki. Masa baca blognya, mengalir aing mata.


Kenapa aku ikut emosi? Sebab aku dapat rasakan apa ia rasa. Kerana aku juga pernah merasakan apa ia rasa...kira-kira sebulan yang lalu (end of the previous post). Kata orang: sangat relatable.

Dan ayat Allah yang berulang kali dinyatakan di dalam Surah ar-Rahman juga yang terngiang-ngiang di dalam kepala.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
[Surah Ar-Rahman] 


Tiada lagi alasan kerana bukti sudah nyata. Sendiri telah merasai indahnya ganjaran dunia. Apatah lagi ganjaran syurga kan? Tidak terkata dan tidak ku dapat bayangkan the level of happiness.

Aku telah berjanji.

Tapi...

...aku mungkiri. Aku jatuh kembali ke besen (basin) kelalaian. (Nasib masih besen bukan gaung. Huhu.)

AH! Dasar manusia.

Diberi-Nya aku tanda-tanda Dia masih cinta, inginkan aku kembali. Itu yang aku syukuri sampai hari ini. Nafas udara yang aku hela dan hembus bukti Allah masih beri peluang.
Aku kira blog Hafiiz Rashid itu juga antaranya, agar aku rasa rindu akan rasa bahagia itu.

Ya, aku rindu.

Segala yang kita ada, rasa...semua itu milik Allah Ta'ala. Kita milik Allah Ta'ala.