06/08/2014

Generasiku

Generasiku
Hidup serba moden
Hanya dengan satu ketik
Jarak antara timur dan barat bagai jiran rumah sebelah

Walaupun asalku di timur dunia
Kehidupan dipengaruhi oleh budaya barat
Teknologi dan pemikiran
Adab dan pergaulan.

Generasiku,
Aku tahu rasa itu
Kerana aku juga seorang belia,
Teruja dengan perkara baru

Tapi semakin aku dewasa,
Ku perhatikan perilaku generasiku.
Sungguh aku takut.
Apa akan jadi nanti dengan generasiku?

Dunia jadi buruan,
Cara dan bahasa kurang sopan,
Harta benda jadi ukuran.
Apa yang sudah terjadi dengan generasiku?

Tak usah aku kata mana yang betul mana yang salah
Kerana aku tahu kau tahu,
Dididik dari kecil kepadamu,
Cara, sikap dan sifat yang terbaik buatmu

Belum terlambat untuk kita berubah,
Untuk menjadi sebuah generasi yang berwawasan,
Berakhlak mulia,
Beradab dan beragama

Wahai generasiku,
Aku bukanlah orang yang sempurna
Ini hanya rasa dan pendapat
Dari seorang hamba yang sentiasa alpa.

17/06/2014

Kerana aku rindu

Aku sendiri,
Duduk menyepi,
Tanpa dikelilingi,
Sunyi…

Hati terasa sunyi,
Sepi,
Aku mencari-cari,
Ke mana diriku telah pergi.

Mencari,
Jawapan sudah ku temui,
Tetapi,
Diri ini…

Separuh dariku menangis,
Ingin meraih cahaya Illahi.
Separuh dariku meronta,
Akibat hasutan syaitan durjana.

Pilihan ada di tangan,
Antara iman atau jangan,
Antara lawan atau layan,
Syurga atau neraka.

Sudah beribu kali aku begini,
Jatuh, bangkit dan jatuh kembali,
Hingga sampai satu tahap
aku rasa tidak berdaya,
Lemah.

Tapi aku tahu,
Aku harus bangkit,
Aku harus berjuang,
Aku mahu!

Kerana aku merindui perasaan itu,
Ketika tujuan hidup nyata di minda,
Ketika iman yakin akan sesuatu,
Bersemangat melawan hawa nafsu!

Rasa itu...
Ketika aku sedar betapa besar cintaNya kepada diri,
Membuatkan hari-hariku bahagia dan diterangi cahaya.
Aku rindu…dan aku akan berjuang.

---------------------------------------------------------------

*Breathe in and breathe out* haaaa kan masih bernafas. Allah beri peluang. Allah sayang. Allah mahu diri menjadi kuat. Alhamdulillah.

Allah inda akan mengubah nasib seseorang kalau tani sendiri inda mau mengubah nasib diri. (peringatan buat diri yang serba kekurangan dan pelupa ini)

Husnuzon. Muhasabah diri. Hamasah!

10/06/2014

Helmet kuning

Finally decided to blog about my Arran fieldwork (just posting pictures), which was happening at the end of March 2014. I know, it was 2 months ago.


Location: Arran, Scotland
Duration: 10 days, from 28th March 2014





So far, Alhamdulillah. I guess it was okay. It was great! I love the view. Mashaa Allah ❤  perks of being a geologist!

03/06/2014

Rope



"Holding On"
by Aiman Azlan

Untuk perkongsian bersama.

***video dapat dari youtube dia!

13/04/2014

Hidup bagaikan roda


Aku

Langit tidak selalu cerah,
Laut tidak selalu tenang,
Hidup tidak selalu indah,
Hidup tidak selalu senang.

Usah kau risau,
Hadapinya dengan tenang,
Hanya kepadaNya tempat mengadu,
Bukankah datangnya ujian tanda Allah sayang?

Manusia punya banyak ragam,
Pasti akan ada yang suka,
Pasti akan ada yang sebaliknya,
Itulah kehidupan.

Kejar cintaNya dahulu,
Bukan manusia mahupun harta benda,
Kerana bila kau mencintaiNya sepenuh jiwamu,
Inshaa Allah hidupmu dan hatimu akan bahagia.

Saat itu kau tahu,
Bahawa sesungguhnya hidupmu, matimu dan ibadahmu,
Hanyalah untuk meraih redhaNya,
Tuhan Yang Satu.