08/12/2017

Ruang

Mungkin...
ruang yang dicari.
Moga dengan ia
hadirlah ketenangan,
tingkatlah kewarasan,
adalah kefahaman.

Cuma...
dipohon pengertian
bahawa dibutuh waktu
agar terbuktinya segala usaha,
terserlah segala makna.

09/10/2017

Ayahanda Rakyat

Siapa sangka,
71 usia masih punya semangat waja.
Sosok gagah,
murahnya senyuman.
Demi rakyat dan negara tercinta,
baginda sanggup berkorban.


Siapa sangka,
setengah abad sudah negara di bawah perintahnya.
Pelbagai mehnah datang,
dan tribulasi dihadapi.
Demi rakyat dan negara tersayang,
baginda sanggup bertahan.


Siapa sangka,
sanggup diluangkan masa untuk bermesra
di tengah kerumunan ramai segala jasad,
walau baginda seorang raja.
Demi rakyat dan negara yang dikasihi,
baginda coba untuk menawan hati.


Amanah Tuhan-
coba untuk disempurnakan.
Berpaksikan keimanan,
berbekalkan pengharapan.
Suara bingit luar tidak diendahkan,
janji pasti Tuhan diyakinkan.
Tuhan itu sentiasa ada
dari awal hingga akhirnya.


Titah baginda,
nasihat buat rakyat sejagat.
Bersulam harapan
moga rakyatnya taat,
untuk dekat dengan Tuhan
dan menjadi manusia sebaik-baik manusia.


Pemimpin dan rakyat berpimpin bahu,
dengan bersatu kita mampu utuh.
Buktinya ada pada suatu waktu dulu,
iaitu sirah Rasulullah.
Bermula dari mulianya akhlak
yang mampu mendamaikan setiap hati.


Moga kita sebagai rakyat
sentiasa taat
pada Tuhan,
dan pada pemimpin yang taat pada Tuhan.
Moga dihujani dengan keberkatan,
menjaga kebajikan sesama insan.


Salam kasih buat
kekanda, ayahanda, nenda kita -
Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

---

05.10.2017: Coretan sempena Sambutan Jubli Emas Menaiki Takhta KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Tulisan buat "Golden Jubilee Creative Explosiom" anjuran Persatuan KESAN.

29/08/2017

Harga sebuah rahasia

Memang
aku seorang yang mudah percaya
pada mereka yang sepakat 'ini cuma antara kita'
di saat aku rela untuk bercerita,
tika aku butuh mereka.

Bodoh
rasanya
pabila kadang
'antara kita' ada pula yang ketiga.

Bermuka
rasanya jua
pabila pada lain masa
akulah punca
adanya yang ketiga itu.
Ini-
aku sedang usaha.

Aku
seorang pencerita,
dan aku mahu menjadi yang setia dengan rahsia.
Coba,
usaha.

Moga segalanya dijaga,
menjaga,
terjaga.
Dari pihak aku,
mahupun yang lainnya.

Kerana aku masih percaya pada percaya,
harap kita semua percaya.
Yang dijaga akan terjaga,
yang menjaga akan terjaga.

Percaya-
sebab ia aku yakin
masih ada 'ini antara kita' yang terjaga.
Moga tetap akan terpelihara
hingga sampai waktunya.
Dan aku hargai tiap hati yang telah berahsia.


~ Coretan 27.08.2017 (11.26 malam)

-
Ini soal #trustandrespect.
Kadang kerana machine gun mulut sendiri yang out of control, habis lepas segala dari lubuk, berterabur hampir tiap satu. Apa 'ini antara kita' cuma angin lalu semata?
Yang terlepas, moga dikaburi dan terjaga. Yang masih terikat pada nafas, moga dijaga.

Self-reflection.

09/08/2017

Imaginasi dan interpretasi

Pada langit malam
ku terlihat ombak
besar dan tinggi
hingga gelap bayangnya menyelubungi diri.
Ku mendongak ngeri
seakan-akan ingin dibaham segala isi.

Pada langit malam yang sama
ku terlihat gunung
besar dan tinggi
awan menyeliputi puncak.
Ku mendongak ngeri
akan tiba masa akan terbelah dua seperti yang telah dijanji.

Imaginasi.

***

Pada langit malam
ku mendongakkan wajah pada gambaran
yang tadi terbayang ombak dan gunung
ku cuba tembusi ngerinya pandangan.

Pada ombak hitam
ku terbayang indahnya pasir pantai
berlagunya ombak kecil yang mendamaikan
bersama sepoi-sepoinya angin menari.

Pada gerunnya gunung tinggi
ku terbayang puasnya andai didaki
menguasai puncak yang tertinggi
hingga mampu disisih segala gentar.

Interpretasi.

06/08/2017

Tidur

Pejamkan mata
untuk bawa lari segala rasa yang mencengkam.
Ingin lena
moga tika bangun semuanya cuma mimpi semata.

Sia sia
karena semua realiti nyata.

---

اللهم إني أعوذ بك من الهم و الحزن, و أعوذ بك من العجز و الكسل, وأعوذ بك من الجبن و البخل, وأعوذ بك من غلبة الدين و قهر الرجال

"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku juga berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil serta dari cengakaman hutang dan penindasan orang."

18/07/2017

Pabila Bunga berbicara

Moga bunga tetap mekar
bersama warna-warni pelangi di sisi
untuk meraih kasih Ilahi.

21/06/2017

23 tahun

Usia meningkat setahun lagi.
Semakin hampir juga aku dengan hari akhir -
nasihat yang selalu aku hadiahkan buat diri aku pada tiap 21.06.


 الحَمْد لله
Sudah 23 tahun aku dihidupkan.

Semakin aku dewasa, sebaris nasihat dan peringatan sudah memadai. Tiap kata aku coba hargai dan fahami. Walau kadang hati degil sendiri. Harus ditelan walau pahit tidak terperi. Asal tidak diguna cara yang mengguriskan hati, sebab atu boleh jadi tawar hati sama takut lain yang jadi.
Ah, sendiri lagi masih belajar untuk memberi.

***

Enam bulan pertama tahun 2017 - Banyak sangat benda jadi. Sangat berkait rapat dengan hati. Terujinya hati sampai aku sendiri kehilangan diri. Tercari-cari dan masih mencari erti.

Hm. Dari hati.
Goyah hati, gundah segala.
Hm. Niat.

Ada yang tinggal kenangan. Ada yang masih dikenangkan.
Banyak yang disesalkan. Cuma sedikit yang dibanggakan. Kerana kalau mahu dibandingkan, aku rindu aku yang dulu.

Moga-moga segala yang terjadi mematangkan diri ini dan kembali sebagai seorang aku.

***

#misihudhud
jangan kasi pudar!

#misiAA
perlu dihidupkan kembali!

31/05/2017

Bayang

sering merasa takut apa kata orang
jadi dipilih untuk tetap menjadi bayang.

cuma dikenali sebagai bayang
sudah puas aku menjadi bayang.

lalu ditanya mengapa dipilih untuk sendiri.

pada berseorang aku temui aku.
bukan pada seorang aku yang lain temui aku.

sayang...
aku cuma seorang bayang.

-

teringin aku terbang sebagai seorang aku
menggapai impian yang dibayang selalu.

biar nanti dirindui bayangnya aku
sebagai seorang aku.

bukannya sendiri dibaham
oleh bayangnya aku.

aku ingin dengan segala soldadu
bersatu sebagai setiap aku
menjadi bayang yang menyatu.

--

cuma perlu yakin yang aku bisa keluar dari bayang-bayang yang menghantui diri - bayangan sendiri.
talking about insecurities heh...

28/05/2017

Rabitah yang aku rindu

disangka telah mengerti
segala mehnah pilihan ini.

mana dia segala janji
yang disangka telah terpateri?

benarkah telah diyakini
atau memang ada sekelumit ragu
tika diucap segala doa dan janji?

mana dia soldadu
yang padanya terlihat semangat dan harapan
satu waktu dahulu?

janji kita untuk sehidup semati
mengembara sebagai seorang asing
menyentuh hati-hati yang mencari.

janji kita untuk sentiasa ada
tarik kembali pada nyata
tika antara kita mula tersungkur.

sayang...
semua itu bagai satu omong kosong.

namun siapa kita untuk menghakimi
penghujung hayat sendiri pun kabur lagi.

mungkin saja ini salah sendiri
dibiarkan renggang ikatan hati.

mana dia rabitah yang dirindui?

16/04/2017

Mari bercerita

My sister just got married.

3 events altogether.

It was fun and exciting.

But it was stressful as well. hahahaha

-

[entri bebelan]

The fact that I did not have proper and enough rest after my 2 weeks of working night shifts, followed by courses the next day I got home which took 90% of my 2 weeks off-work (and I had to commute. Ha! Balum lagi ku becerita how I almost fell asleep while driving, two days in a row...and I was not being a good driver. Guilty.). Only weekends were 'free'...yes, "free" = running errands, prep for sister's wedding, and sister's wedding (the weekend before crew change) and the day before CC, i had to go to the office. To sum up, I slept past midnight most of the time and woke up feeling like a zombie (hahhahaha especially the PT course I attended). I did not manage to make time for myself. The tight schedule would be fine with me, if only I stop worrying and overthinking about things. Di mana haq-haq jasad, cik manis?

On top of that, my insecurities choked me. All the negative thoughts came. I do not want to let these insecurities kill me slowly. I am trying. Hard.

Am I complaining? I was. I was at one of my lowest point after a while of not feeling good about myself and not loving myself enough. I was. It had happened before, it happened again. Aku terlalu banyak berfikir.
(At one point, I burst into tears in front of my little sister and told her,. She did not know how to react so she gave me one of her psychology notes on, I forgot...it was something about insecurity and low self-esteem stuffs. Hahaha cali.)

Sometimes, all we need is a good listener and just let it all out. Bukan minta kena condemn dan cakap kita over-dramatic. Listen and understand, nasihat secara berhemah bukan sindiran. Tapi masalah aku juga, aku jenis yang inda mau susahkan orang dengan masalah sendiri...orang akan kata, baru sikit sudah mahu mengadu. Jadi kebanyakan masa dipilih untuk simpan kemas-kemas di dalam dada hingga satu tahap, terlalu banyak hingga melemaskan diri. Haaa, kan "takut orang akan berkata"🤦🏻‍♀️

Jujur kata, aku memang sensitif dan aing mata sinonim dengan diri. Weyh aku coba jadikan hati keras, mata kering. Mungkin orang lain boleh, tapi bukan aku pada setiap masa. Ada benda aku boleh, ada benda cannot sebab in the end aku hanya akan mahu menangkan ego sendiri, akhirnya memakan diri. Cekal aku dengan air mata.
Bab-bab dramatic, toksah cakap lah.

Berbalik pada cerita...

I know where I stand. Aku ada agama. Aku masih mampu merasakan sisa-sisa iman yang ada. Aku ada pegangan. Minda dan jiwa coba disatukan agar aku mampu untuk genggam diri kembali.
Syukur. Benda gini jadi selalu ingatkan aku akan kisah Rasulullah SAW dan asbab turunnya Surah ad-Dhuha. Surah ad-Dhuha yang mampu menjinakkan hati agar usah merajuk lagi.


Dipujuk hati lalu berdoa,

Semoga lelah yang dirasai menjadi asbab layaknya diri untuk berehat di syurga abadi.
Semoga lelah yang dirasai lelah yang diredhai Ilahi.
Berat beban yang dirasa, semoga diganti beratnya pahala pada neraca pengadilan di padang masyar nanti.


Mau lagi?

Sebenarnya motif post bukan sedih gini.  Motif sebenar ialah pasal kek kawin... sudah jadi bini orang dah kek. Motif sebenar kan cerita pasal lain. Banyak pusing ini cerita (akibat inda menulis dalam journal, blog jadi mangsa).

Kbai.

***

Sudah berapa kali jiwa pergi
meninggalkan jasad kosong tanpa isi
Sudah berapa kali diri pergi
meninggalkan hati kosong tanpa merasai

Sudah berapa kali
dipaksa untuk gagahkan diri
agar kembali
dan genggam semampunya diri ini

Sampai bila harus begini?

Sampai mati.

Usaha semampunya
agar diri kuat di jalan ini
demi impian tertinggi
sebelum pergi tidak kembali lagi.

-

Ada benda lagi besar yang harus difikirkan. Nota buat diri: Jangan batah berbaring.

08/03/2017

Bertarung rasa

Tidak ingin jatuh kembali
ke lembah kemurungan
yang pernah dialami
satu waktu dulu.

Ngeri.

Sudah coba dilawan ia
bangkit cuma seketika
putus asa rasanya
lemas.

Lemah.

Bukan ingin beralasan.
Bukan ingin perhatian semata.

Ini benar.

Namun tetap dipilih untuk diam sahaja.

07/03/2017

Kembali

Sudah berapa kali
ingin digenggam kembali
jasad yang bagai tiada jiwa ini.

Sudah berapa kali
coba dipujuk hati
tapi bagai cuma sebuah panafian realiti.

Mungkin sudah tiba masa...

03/03/2017

Asbab

Aku menulis untuk aku.
Dengan ia aku meneroka
dengan ia aku berjiwa
dengan ia aku kenal dunia
dengan ia aku mula temui aku.

Aku menulis untuk aku.
Dengan penuh pengharapan
bermanfaatlah karya walau secebis cuma
terhitunglah setiap titik tinta
pada neraca pahala.

Aku menulis untuk aku.
Ada ketika aku terhenti dan terpaksa berhenti
dek kerana asbab dicemari, lari
oleh pujian hati diuji
sungguh, aku tidak ingin hati mati.

Aku menulis untuk aku.
Dengan ia aku kembali menemui
setelah hilang membawa diri.

Aku menulis untuk aku.
Agar aku lebih mengenali الله Tuhan Yang Satu.

11/02/2017

I am in that phase of my life where...

... marriage has become a common topic 👻


Jangan lah menggelabah atau muak. Do not be in denial atau geli. Please, I have my reasons.

***

we talk about marriage a lot,
forgetting the purpose of a marriage.
it is more than just 'you and i'.

we talk about marriage a lot,
forgetting that death might be closer,
where it is going to be just ourselves.

- HK 07.01.2017

***

it is not just about me.
it is not just about you.
it is not just about us.
but our families,
our children,
future generation,
the society.

to be the change we want to see.
to bring our loved ones closer to الله The Almighty.
and ultimately, heaven is where we all want to be.

***

Re-reading my own writings about marriage... pergh, tertampar gila. Realising how far I am now from achieving what I want in life... erk, makes me want to cry.
I know it may sound too ambitious. But, what is life without a vision, right? epp! but we have to work hard for it, because it's the efforts that really counts!

Preparations start now. Building ourselves to be the better version of ourselves that could lead and inspire people around us to be better as well - better self, better child to our parents, better sibling, better friend, better employee, better citizen, better stranger.
Equipped ourselves with the needed expertise: anger management, financial management, childrens' education, cooking and house keeping skills, etc. because without these we are killed! (credits to Ameen Misran's poetry - Are we in love? 😉  )



Looking back to how I responded to the things that had happened for the past few weeks, honestly, I realised that I am far from ready. Patience, my dear, is my biggest struggle...err sungguh pun nama saya bermaksud 'puteri kesabaran', kesabaran yang diri ada cuma senipis kulit bawang! 😭  استغفر الله 


sambil menyelam kita minum air.
sambil mencari kita perbaiki diri.
-
inda ja? jaaaaa~ experiences change views.

***

Benda penting:
prepare ourselves to meet our Creator.
Entah, manalah kita tau kan jodoh mana yang datang dulu: dia atau mati.
Entah, secukup mana amalan ikhlas kita selama kita hidup.


Know what we want.

May الله bless us all.

___

Nota: untuk mengelakkan orang dan diri aku sendiri geli bila cakap bab kawin 😒 , relate it to how we want the marriage to be and help us to spread the deen. Then, reflect if the present us are prepared for it. Questions:
What contributions have we made to help the society or the deen?
Have we shown good examples that reflect the beauty of Islam?
How about our relationship and responsibility towards our parents?
How are we doing emotionally? Do we transform to a hulk easily?
How organised are we?
How is our relationship with الله ?
Have we love ourselves enough?
Trust me, that made me realised the flaws that I have and tadaaa! 🤗  fokus pada proses pendidikan dan pembangunan diri instead. Masa untuk kita gali lagi banyak ilmu ilmu ilmu ilmu~ dan beramal.

"(الله) Pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu."
[Surah al-Baqarah 1: 117]


Doa. Usaha. Ikhtiar. Ikhlas. Tawakkal. #justduiit


OH! This reminds me of a quote from Sinergi:
"Bukanlah kau menghendaki redha Allah itu untuk mendapatkan (orang) yang kau cinta, tetapi kau berusaha mendapatkan (orang) yang kau cinta, adalah untuk redha Allah SWT."
i.e. wasilah: orang yang dicintai;
      matlamat: redha الله


Habis. Dipersilakan untuk 🙄
Semoga ada jualah manfaat dari bebelan ini.


***To the readers out there, I really recommend you to read Sinergi by Hilal Asyraf.
You are welcome.

08/02/2017

Pelangi

saban waktu menunggu
hingga nyaris aku kehilangan aku.
kewarasan akal dikawal nafsu.
malu.

untung ada teman yang mengingati
akan misi aku di dunia ini
kembali sedar akan kekurangan diri
aku coba untuk bangkit kembali.

susahnya aku yang rasai
kerana kita bermain dengan hati.
istikharah, tahajjud jadi amali
memohon petunjuk dari Ilahi.

tenangnya hati kian dirasai
reda, ikhlas ingin dikecapi
agar hati lebih mencintai
pada yang mencipta cinta itu sendiri (الله )

indahnya kiasan kisah ini,
kini aku temui pelangi.

07/02/2017

Cuaca

Mendungnya awan seredup jiwa
turunnya hujan mencurah bagai apa yang dirasa.

Hadirnya mentari memberi cahaya
seperti ingin menerangi hati yang berduka.

Alunan ombak menenangkan jiwa
mendayu, memujuk hati yang rajuk.

Kini aku menanti pelangi
untuk menyempurnakan setiap analogi.


---


فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

[Surah ar-Rahman]

06/02/2017

Prioriti

kata putus yang lalu
kembali menjengah diri
mengingatkan diri
akan keutamaan hidup ini.

seringkali aku lari
bermain dalam fantasi.
tiba masa untuk aku berhenti berlari
untuk pergi menghadapi realiti.

dunia sangat memerlukanmu --
pemuda.


---

sudah jumpa ka tidak? entahlah labu~

04/02/2017

Ruang

desingan luar
mencabut kewarasan akal.

memberontak jiwa untuk lari,
seketika cuma ---
untuk aku kosongkan hati
dan genggam diri aku kembali.

---

atau adakah aku cuma harus berpura?

03/02/2017

Tangisan Tinta

aku seorang pencerita
rela teka-teki hidupku dibaca mata.

rahsianya ada di sebalik kiasan kata
pada yang sudi hadirkan rasa.

seronoknya ia pada bezanya tafsiran
bukti manusia punya fikiran.

jadi biar aku guna barisan kata
untuk aku muntahkan segala.


---

at this time, how I wish I am at the rig right now, where I have less time to think about 'petty' things.

Usaha

bubuh baja saja tiada guna
jika tiada ingin disusuli air.

usah dibina gunung harapan
pada yang belum pasti ingin ditawan.

takut nanti ada yang kecewa
meratap puncak cuma dari bawah.